Hasil Perbualan dengan Kerry Humpton dan bidan di Australia ( 4 )
[size=14.3999996185303px]Anda hanya boleh mempertimbangkan untuk menjalankan IVF atau ICSI sekiranya anda menemui masalah yang disenaraikan bawah:
[size=14.3999996185303px] 1.Sumbatan bagi kedua-dua belah tiub fallopian: Tidak kira samada keradangan, batuk kering(Tuberculosis Disease ) atau Endometriosis menyebabkan tiub fallopian anda tersumbat, ATAU tiub fallopian anda terwujud masalah sejak lahir, Atau kehamilan etopik mengakibatkan anda perlu mengeluarkan tiub fallopian anda dari badan , kesemua ini menghalangkan perjumpaan ovum anda dengan sperma suami anda.Oleh yang demikian, anda hanya dapat menghamil melalui prosedur IVF atau ICSI.
[size=14.3999996185303px]2.Ketidaksuburan yang disebabkan oleh sistem imunisasi anda: Dengan demikian, sperma suami anda perlu disterilkan dan ovum anda perlu tersenyawa dengan spermanya yang sudah disteril di luar badan anda, agar dapat menghindari daripada gangguan antibodi badan anda.
[size=14.3999996185303px]3.Faktor lelaki: Bagi lelaki yang menemui masalah kekurangan sperma dengan serius iaitu jumlah sperma bagi setial ml tidak melebihi 1million.
[size=14.3999996185303px]4.Ketidaksuburan yang tiada sebab:Jika anda masih tidak dapat tahu sebab ketidaksuburan anda dengan bantuan teknologi yang canggih, maka anda boleh bertimbang untuk menjalankan IVF atau ICSI walaupun kejayaannya rendah.
[size=14.3999996185303px]Di samping itu, apabila anda dikenalpasti perlu menjalankan IVF atau ICSI, anda berdua disaran supaya memelihara badan kamu dengan baik sebelum menjalankan IVF atau ICSI, pastikan kedua-dua kamu tiada mempunyai penyakit genetik, umur anda berdua tidak boleh sangat tua,terutamanya wanita tidak boleh melebihi umur 40 tahun atau ke atas.
[size=14.3999996185303px]Sebabnya adalah bagi sesiapa yang umurnya melebihi 40 tahun, kemungkinan besar ovari anda tidak bertindak balas dengan baik kepada ubat yang digunakan untuk menjalankan IVF atau ICSI. Dan semasa usia meningkat, kualiti dan kuantiti ovum anda akan merosot, ini merendahkan peratusan ovum tersenyawa, dan merendahkan peratusan penghamilan juga.
[size=14.3999996185303px]Mungkin anda akan berjaya, tetapi anda akan menghadapi risiko yang tinggi dalam keguguran dan kelahiran anak yang cacat .
[size=14.3999996185303px]Utk makluma yang lanjut mengenai kesihatan wanita dan kesuburan , sila layari
[size=14.3999996185303px] https://www.facebook.com/notes/ladies-wombs/hasil-perbualan-dengan-kerry-humpton-dan-bidan-di-australia-4-/851852824859902
|