Setiap wanita mempunyai cara dan kaedah tersendiri untuk mudah mendapat kehamilan. Ini kerana ia amat bergantung kepada situasi wanita itu sendiri. Apa yang akan saya bincangkan dengan puan-puan sekalian adalah secara menyeluruh bagaimana kita dapat meningkatkan peratusan kehamilan.
Suburkah anda? Bagaimana pula kesuburan bagi pasangan anda? Dalam satu kajian yang dijalankan 15%-20% pasangan yang berkahwin akan bunting pelamin. Manakala 60% akan hamil dalam tempoh 6 bulan berkahwin. 90% akan hamil setelah setahun berkahwin. Dan 10% lagi perlu berjumpa doktor setelah lebih setahun mencuba tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
7 Langkah Yang Anda Perlu Lakukan untuk Cepat Hamil :
◎ Mengetahui masa subur
◎ Cara bersetubuh
◎ Keasidan kawasan faraj
◎ Kekerapan hubungan intim
◎ Kenali perubahan diri
◎ Pengambilan asid folik
◎ Kekalkan dan tingkatkan tahap kesuburan
|