View: 2050|Reply: 7
|
[Dunia]
Jalani pembedahan kosmetik untuk mencuri
[Copy link]
|
|
Seoul: Seorang lelaki yang dipenjara 10 tahun lalu atas kesalahan mencuri, menjalani pembedahan kosmetik untuk mengubah penampilannya sebelum melakukan rompakan sepanjang sebelas bulan, bermula April lalu.
Menurut polis, lelaki berusia 35 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan ditangkap 23 Mac lalu selepas terbabit dalam 87 rompakan di seluruh Korea Selatan.
Sepanjang tempoh itu, dia merompak barangan dan wang tunai berjumlah lebih RM1.78 juta.
Polis berkata, suspek yang dipenjara kerana mencuri pada 2005 menjalani pembedahan plastik bagi mengubah struktur rahangnya dan prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi.
Lelaki berkenaan mengaku melakukan rompakan itu tetapi berkata, dia menjalani pembedahan kerana tidak sukakan penampilannya sebelum ini,
Korea Selatan mempunyai lebih 4,000 klinik pembedahan plastik dan mencatatkan kadar pembedahan kosmetik paling tinggi di dunia.
Suspek mencipta sendiri peralatan untuk membuka kunci digital bagi membolehkan dia memasuki rumah mangsa. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
ade gmbar sebelum dan selepas pembedahan? |
|
|
|
|
|
|
|
KOREA MMG TERKENAL DGN PLASTIC SURGERY KOT |
|
|
|
|
|
|
|
"prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi."
Hah? Memang ada surgery gini.....tapi tak berbaloi langsung kalau
tujuannya nak merompak.
Yg aku tahu, kena pakai tongkat masa dlm tempoh recovery tu...
berita ni....eishh....smelly smelly |
|
|
|
|
|
|
|
Jerambut replied at 1-4-2015 09:25 AM
"prosedur memanjang kakinya supaya lebih tinggi."
Hah? Memang ada surgery gini.....tapi tak berbal ...
Surgery untuk tinggikan badan ni xsilap femes kat rusia/kazakstan especially pada wanita2 yang gigih nak jadi model. Tinggi untuk berapa inci je. Gigih sangat & scary |
|
|
|
|
|
|
|
Penah tengok movie jepun tak ingat tajuk, pun buat plastic surgery lepas dia bunuh org tp last2 paranoid sensorang pulak |
|
|
|
|
|
|
|
terer gak mamat ni
boleh buat filem kisah dia mencuri ni
siap buat plastik surgery bagai
|
|
|
|
|
|
|
| |
|