CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2725|Reply: 0

[Jenayah] Wanita Vietnam Ditemui Mati Berlumuran Darah, BF Bangladesh Ditahan

[Copy link]
Post time 22-4-2015 07:49 AM | Show all posts |Read mode
Wanita Vietnam ditemui mati berlumuran darah, teman lelaki warga Bangladesh ditahan
Siasatan awal di lokasi jenayah mendapati terdapat juga kesan darah di bilik tidur serta di dalam tandas rumah yang dihuni oleh mangsa sekaligus memberi petunjuk mangsa kemungkinan besar melawan dan berlaku pergelutan dengan suspek. - Foto sumber IPD Serdang



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 22 April:
Seorang wanita dipercayai warga Vietnam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditikam dengan senjata tajam di rumah sewanya kira-kira jam 10.15 pagi Selasa di Seri Kembangan, Selangor.

Mayat wanita berkenaan ditemui oleh seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah kedai di Jalan SP 5/2, Serdang Perdana, yang kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Seri Kembangan.

Difahamkan wanita Vietnam itu bekerja di sebuah pusat hiburan (pub) di kawasan berkenaan, dan mayatnya ditemui terbaring di atas lantai berlumuran darah oleh lelaki Bangladesh terbabit ketika berkunjung ke rumah mangsa pagi semalam.

Siasatan awal mendapati warga Bangladesh itu dipercayai teman lelaki mangsa, dan pihak polis bertindak menahan reman lelaki terbabit bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Polis turut menemui kesan darah di bilik tidur mangsa dan juga di dalam tandas rumah sewanya, sekaligus menunjukkan kemungkinan mangsa bertindak melawan dan berlaku pergelutan,” menurut sumber dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Lelaki Bangladesh terbabit bagaimanapun setakat ini bukan dikategorikan sebagai suspek utama tetapi ditahan bagi membantu siasatan, kata sumber itu lagi.
“Pihak polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menjejaki suspek dan anjing berkenaan tidak pun merapati lelaki itu yang turut berada di tempat kejadian,” jelasnya.

Setakat ini pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan mangsa.

Usaha TRP untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kejadian daripada Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad bagaimanapun tidak berhasil kerana usaha menghubungi telefon bimbit beliau, termasuk menghantar mesej pesanan ringkas tidak dijawap.


Sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98bhatt ji
Views : 101 Replies : 0
bhattji
akkuio98bhattji
Views : 607 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 10851 Replies : 16
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19179 Replies : 23
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 5500 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44867 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12563 Replies : 219
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40397 Replies : 393

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.882781 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list