CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2312|Reply: 0

Volkswagen & Uber berkolaborasi tawar pakej istimewa untuk miliki Polo

[Copy link]
Post time 23-4-2015 09:56 AM | Show all posts |Read mode


Volkswagen Malaysia kini bekerjasama dengan pihak Uber untuk memberi peluang kepada Rakan-rakan Uber sedia ada menaik taraf kenderaan mereka menerusi satu pakej istimewa yang boleh didapati mulai sekarang hingga 30 April depan.

Rakan-rakan Uber boleh membeli Polo 1.6 dan Polo Sedan pada kadar faedah kosong peratus serta tanpa bayaran permulaan. Bayaran bulanan pula bermula RM999 untuk tempoh sembilan tahun menerusi kempen ‘Polo Goes Zero’ Volkswagen.

Selain daripada harga istimewa ini, kolaborasi itu juga membolehkan Rakan-rakan Uber menerima diskaun sebanyak RM200 untuk kos penyelenggaraan berkala pertama mereka dan cukai jalan percuma (bernilai RM90).

Volkswagen Polo 1.6 dan Polo Sedan memiliki tiga ciri utama yang sama: empat tingkap kuasa automatik dengan fungsi anti-tersepit, transmisi automatik enam kelajuan dan sistem Intelligent Crash Response System (ICRS) yang akan membuka kunci semua pintu secara automatik, mematikan kuasa pam bahan api dan menyalakan lampu kecemasan sebaik sahaja beg udara dikeluarkan atau ketika peregang tali pinggang keledar diaktifkan. Kedua-dua model Polo ini didatangkan dalam lima warna berbeza iaitu Candy White, Flash Red, Pepper Grey, Reflex Silver dan Deep Black.

Polo 1.6 dan Polo Sedan ditawarkan pada harga RM89,888 dan RM91,888 seunit.

Untuk layak menyertai promosi ini, Rakan-rakan Uber perlu menyediakan Penyata Uber terkini mereka bagi tujuan pengesahan. Anda juga boleh melayari laman web partners.uber.com untuk mendaftar sebagai rakan Uber dengan kod promosi “ubervwpolo”.

sumber:www.infokereta.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 05:20 PM GMT+8 , Processed in 1.289154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list