CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6408|Reply: 37

Macam mana ye?

[Copy link]
Post time 25-4-2015 03:59 PM | Show all posts |Read mode
masalah aku ni berkisar pada anak aku berumur 3 tahun.Perempuan.Dan ada sepupu 2 orang lelaki umur 6 tahun dan 2 tahun. Bila dah budak lelaki tau2 je la main nya kasar,jerit-jerit,panjat kerusi. dan anak aku ni suka la ikut sepupu dia tu.Dia kalau tak de sepupu dia tu ok je duduk diam.Behave la sikit.
Aku ni kalau kat rumah sendiri takpe,aku tak kisah pun.aku pun faham budak2 naluri nya main2,berlari-lari.tapi kalau pergi kenduri rumah sedara mara malu gila aku rasa. Yelah aku dengan anak kecik umur 9 bulan nak kena pegang. Sibuk kehulur kehilir memantau anak aku dan sepupu2 dia tu. Yang mak sepupu dia tu aka kakak ipar aku buat bodoh je.bukannya nak marah anak dia tu..aku berharap la dia bagitau kat anak dia jugak jangan panjat kerusi,jangan main lari2..ni diam je buat bodoh anak berlari-lari kat rumah orang. yang anak aku ikut sama berlari2..bila aku tarik anak aku sorang je mula la anak aku nangis persoal kan kenapa abang sepupu dia boleh lepas tu mestilah dia nak main jugak. lagipun aku kena jaga anak kecik lagi mana la boleh nak pegang je anak aku yg 3 tahun tu.


untuk pengetahuan korang suami aku ni soft je orang nya.kalau bgtau anak aku jgn panjat2 kerusi memang tak didengarnya.tapi kalau aku bgtau sekali je memang terus turun. biasanya bila ada kenduri2 anak2 akan lebih banyak dengan aku berbanding ayah dia. ayah dia akan borak2 dengan sedara mara lain,tolong2 apa yang patut..sekali sekali akan tolong pegang anak aku yg kecik.

aku nak tanya:

1) macam mana nak behave kan anak aku ni jgn terikut2 sepupu dia waktu kenduri kendara?

2) aku geram dengan kakak ipar aku tu,kenapa diam je anak dia berlari-lari,panjat kerusi kat rumah orang. bila aku sound boleh senyum je. issshhh!geram betul aku.

3) aku malu lah kalau aku marah2 je anak aku kat rumah orang.tapi kalau tak marah aku malu lah anak aku berlari-lari,terjerit-jerit kat rumah orang.

macam mana ye korang handle situasi macam ni?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 04:07 PM | Show all posts
adoi..nak jawab tapi  cik es takde pengalaman.kena tunggu forummer lain naa..

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:12 PM | Show all posts
1) macam mana nak behave kan anak aku ni jgn terikut2 sepupu dia waktu kenduri kendara?

akak ikat anak dgn tali.

2) aku geram dengan kakak ipar aku tu,kenapa diam je anak dia berlari-lari,panjat kerusi kat rumah orang. bila aku sound boleh senyum je. issshhh!geram betul aku.

akak ipar anda xde akai.. buatnya pecah pingan, pasu kat rumah orang.. x ke naya?

sila jangan contohi akak ipar yeh..

3) aku malu lah kalau aku marah2 je anak aku kat rumah orang.tapi kalau tak marah aku malu lah anak aku berlari-lari,terjerit-jerit kat rumah orang.


akak cuba cubit peha anak kuat2.  xpon, elakkan diri menghadiri majlis pape.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2015 04:14 PM | Show all posts
Esmiria replied at 25-4-2015 04:07 PM
adoi..nak jawab tapi  cik es takde pengalaman.kena tunggu forummer lain naa..

takpe la cik es..sudi baca pun dah ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2015 04:16 PM | Show all posts
bellaa replied at 25-4-2015 04:12 PM
1) macam mana nak behave kan anak aku ni jgn terikut2 sepupu dia waktu kenduri kendara?

akak ika ...

akak ikat dengan sepupu2 dia. tak lupa mak diaorang sekali
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la situasi dgn iols..tapi iols ni mmg terkenal dgn garang.so,kalo i nak marah,marah semua sekali..xyah beza anak sendiri dgn anak sedara..kakak i pun penah terasa kot i penah marah anak dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-4-2015 04:21 PM | Show all posts
mice_cheese replied at 25-4-2015 04:17 PM
Sama la situasi dgn iols..tapi iols ni mmg terkenal dgn garang.so,kalo i nak marah,marah semua sekal ...

iols pun marah sekali sepupu2 dia tu..so semua pun akan dengar la.tapi lepas tu buat lagi berlari-lari. iols marah lagi..lepas tu buat lagi. malu la kerjanya menjerit2,marah kat rumah orang. penat pun iye jugak dengan anak kecik nak kena jaga. yang kakak ipar tu duduk rehat2 jah..ke sebab dia tau iols dah jadi tukang marah,so dia pun aman2 saja kekdahnya?


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
rina0602 replied at 25-4-2015 04:21 PM
iols pun marah sekali sepupu2 dia tu..so semua pun akan dengar la.tapi lepas tu buat lagi berlari- ...

Tu la masalah noks.. Ade jugak kakak iols jenis gitu..anak buat apa pun xendah sbb iols ade,tolong tengokkan..tapi xkira la.kalo xkena,iols akan marah..bayangkan anak iols kalo balik kg,kulit bertukar jd berkerak..berpeluh2 sentiasa sbb asyik duk main lari2 je..kadang2 stress..most of the time,iols akan bising la..kalo uols rase segan nak marah,bawak anak u keluar..konon2 nak gi jalan.pastu ugut sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2015 04:32 PM | Show all posts
mice_cheese replied at 25-4-2015 04:25 PM
Tu la masalah noks.. Ade jugak kakak iols jenis gitu..anak buat apa pun xendah sbb iols ade,tolong ...

ooo..ok,akan ku cuba cara ni. 1)bawak anak keluar n ugut/marah dia kat luar..huehue.tq uols
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 05:00 PM | Show all posts
klo tips sini mnjdi,jgn lupa hapdet ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2015 05:03 PM | Show all posts
Esmiria replied at 25-4-2015 05:00 PM
klo tips sini mnjdi,jgn lupa hapdet ye

nanti bulan depan ada majlis akikah.nanti daku update
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 05:17 PM | Show all posts
orang kata anak2 cerminan ibubapa..

anak xdengar cakap ibu,itu tanda anak2 dah mula degil..

besar2 nanti jgn maki mak sudehhhhh...



..agak2 saya la kena rajin bercakap dgn anak kut..bgth dia baik buruk2 lama2 diafaham..kalau marah pun dia xfaham buat haper
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2015 05:23 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 25-4-2015 05:17 PM
orang kata anak2 cerminan ibubapa..

anak xdengar cakap ibu,itu tanda anak2 dah mula degil..

anak dengar je cakap saya mak wa. tapi bila ada sepupu2 ni bermain dia pun suka la sampai lupa diri. tengah cari cara control dia bila dia dengan sepupu2 bermain lompat2, lari2 di rumah orang.dah pesan sebelum pergi tapi dia macam seronok main2 segala pesanan lupa
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 05:32 PM | Show all posts
Sama mcm anak aku..xboleh tgk budak2 lain..duk haaa kawan akak..terus p lari n ikut apa ja lah yg budak2 lbh besaq tu buat..

anak aku plak jenis x reti makna JALAN! lariiiiiii ja spjg masa...aku ingat nak antaq dia p training sukan lari pecut la esok2...geramm..

sudahnya aku abaq kt laki tggu anak besaq baru boleh nak p kduri ka umah org raya ka apa..selagi duk buas biaq dia duk umah  
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 05:37 PM | Show all posts
rina0602 replied at 25-4-2015 05:23 PM
anak dengar je cakap saya mak wa. tapi bila ada sepupu2 ni bermain dia pun suka la sampai lupa dir ...

kalau anak dengar cakap,kenapa time sepupu ada xnak dengar..
maknanya xdengar cakap la tu..


hmmmm  xpe la...xreti pun nak bagi tips..
tunggu dia besar sikit,nanti dia faham la tu..
tapi jangan putus asa bgth dia buruk baik lompat2 panjat tu..
lagi satu ayah tu..main la peranan,
kalau lasak sgt bg hat kecik kat ayah..ko jaga hat lasak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2015 05:41 PM | Show all posts
alieyrina replied at 25-4-2015 05:32 PM
Sama mcm anak aku..xboleh tgk budak2 lain..duk haaa kawan akak..terus p lari n ikut apa ja lah yg bu ...

ya lah,aku rasa bebudak ni suka berlari..semua berebut nak jadi pelari.kang terhantuk kita jugak yg dicarinya

takpe ke tak pergi kenduri kendara saudara mara? family husband aku rajin sangat buat majlis makan2. kalau takde sepupu dia berdua tu ok je.duduk diam.aku bersyukur sangat kalau sepupu dia tak de kalau gi majlis mana2   

tu lah,masalahnya mengikut si sepupu yg dah besar sikit ni.sepupu nya plak mak jenis bebai diam je anak lari2,main lompat2,panjat kerusi rumah orang.dah satu kerja kita plak nak mengikut anak,marah anak kat rumah orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2015 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku dulu tak dulik ngan orang. Kalau orang lain tak leh control anak sendiri kenapa kita nak ikut. Kita control je anak sendiri. Orang lain tak nak control anak dia punya hal. Kena explain ngan anak kenapa kena behave.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 25-4-2015 06:48 PM

Lagi satu kalau dia buat nakal kat shopping komplek or rumah orang, panggil ke tepi and kata nak balik sekarang jugak. Follow thru jangan ugut kosong. Kalau nak ikut jalan, kena behave. Kalau tak behave tinggal rumah. Budak budak kecik family kita orang buat gitu. Tak behave, kita bukan ugut tapi buat terus. Balik terus rumah. Pastu bagi time out. Pastu ground kalau serius. No main no dessert no tv semua. So bila budak lain tak behave, derang tengok cam heran kenapa tak behave. Senang tak pening bawak depa keluar. Dari kecik dah praktik. Takde ugut kosong nanti dia kata elehhh kalau tak behave pun takde balik punnnn/tak kena punish pun.

My mom and friends mom buat gitu. So turun ke anak2. Anak anak pun leh diharap nak jaga adik2 kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk2 mmg nature nye x reti ddk diam. Dlm kepala hanya nak main. Off course bila tgk kwn2 duk bermain dia nak join kan...esp she baru 3 yrs old. Cuba u beli bag kecik tuk dia n bawa toys yg dia suka. Ckp dgn dia dia boleh main tp no panjat2. If dia panjat u marah n suh dia ddk main toys dia. X le dia bosan sgt. Lg bgs u plan la aktiviti tuk mereka. Beli lego murah2 tu then bawa each time ada majlis. Suh ddk setempat and main sampai lebam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 07:32 PM | Show all posts
1) susah tu sebab anak ko ada geng.
2) akak ipar ko tu tgh ikut ajaran sunnah kot. jangan marah2 anak. jangan pukul anak. etc..etc..etc.. dia tgh "practical" la tu. dimata masyarakat, dia le contoh ibu terbaik lagi mithali. tenang ajek.
dimata masyarakat, ko le-TT- ibu yang kalut. yang terjerit sana sini.
akak ipar ko pandai. jaga image.
3) sama jawapan no.2

sebenarnya susah unless ko marah semua skali.
cari terbaik ialah, balik cepat2.

tadi aku ada kenduri kawen. aku jumpa sorg sedara ni. dia ada 3anak lelaki. Anak sulung dia lari sana sini.
dia impress tgk anak no2. aku dok diam. anak aku 2org lelaki. mmg gitu ke? aku cakap, dia pandai berlakon ajek depan orang. dia complaint la pasal anak dia.
aku cakap, nak aku train dia seminggu tak? dia mcm suka hati sgt. NAKK dia cakap. aku tambah, nanti dia ada tiap malam2 nightmare la. baru sehari nangis2 nak balik. gelak2 gila dia.

sebenarnya, rahsianya ialah, budak2 bawah 3thn mmg gitu. lari sana sini.
bila 4thn ke atas or 3thn++ baru behave. dah paham kalau kita marah ke ugut ke.
anak no.2 aku tu, tahun ini 4thn la (blum tiba birthdaynya lagi) sepupu2 dia mmg ramai tapi, tu la, masing3 3thn++ ke atas, ada sorang ajek 2thn++ lelaki tapi, adik ipar lelaki aku jaga rapi. bini dia (biras aku) dok relex2 ajek.

ai dah lepas "war zone" tu. dapat menikmati suasana kenduri kawen & makan dgn tenang sambil RIAK.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.177510 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list