CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15487|Reply: 2

Format UPSR (KSSR) Bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 1-5-2015 02:45 AM | Show all posts |Read mode
Bentuk dan Format UPSR 2016 Bahasa Melayu. Perkongsian Kertas Soalan UPSR 2016 (KSSR) merujuk Ujian Rintis Penulisan UPSR 2016 oleh Guru Sumber Bahasa  Melayu dan Pemeriksa Kertas Ujian  Rintis UPSR (KSSR) 2016. Sebagai persedian dan anggaran awal dan belum disahkan sebagai Format Rasmi UPSR oleh Lembaga Peperiksaan.



Perkongsian dapatan yang diperolehi,  Bentuk dan Format Soalan KSSR (UPSR Baharu) bagi Kertas Bahasa Malaysia adalah seperti  berikut

Format dan Bentuk Soalan KSSR Bahasa Malaysia UPSR
  • 4 Bahagian Wajib Dijawab oleh Calon Peperiksaan.
  • Tiada Soalan Pilihan.
  • Setiap soalan mempunyai pecahan aras.
  • Soalan berbentuk struktur dan berbentuk penulisan yang merujuk Bahan Grafik.

UPSR 2016 Format Baru. Soalan adalah Pelbagai Aras menjurus ke arah penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ramalan awal dan Contoh Soalan UPSR 2016 (KSSR) Bahasa Melayu yang digambarkan adalah seperti  berikut

Soalan  Bahagian ADiberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan Pelbagai Aras




  • Senaraikan susunan warna lampu isyarat dengan betul.
  • Sekiranya seseorang penunggang motosikal meneruskan perjalanan ketika lampu merah apa yang akan berlaku?

Soalan  Bahagian BBentuk Situasi dan menjurus ke arah Nilai Murni.
Seseorang lelaki tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam rumah.  Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh beliau sebelum masuk ke dalam  rumah? (10 markah)

Soalan Bahagian CDiberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan



Tuliskan sebuah karangan bagaimana hendak memelihara dan memulihara sungai daripada tercemar.

Soalan Bahagian DDiberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan Struktur atau Rumusan (Fokus Umum dan Pemilihan jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan).

Format Baru UPSR Bahasa Melayu KSSRSekiranya Format Soalan KBSR Bahasa Melayu UPSR sebelum ini statik yang mana  mempunyai
  • Bahagian A (Bina Ayat)
  • Bahagian B (Karangan)
  • Bahagian C  (Membina Ulasan-Nilai Murni)
Bentuk Soalan KSSR bagi UPSR 2016, format atau bentuk  soalannya lebih dinamik dan memiliki kepelbagaian aras. Perbezaan dan Perubahan yang berlaku memerlukan pendedahan berperingkat kepada calan-calon yang bakal menduduki UPSR 2016 Format Baru yang akan datang.

Ramalan Kertas UPSR 2016 Format Baru ini masih tertakluk pada sebarang perubahan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkongsian ini merujuk sumber dari warga pendidik yang mengikuti kursus dan taklimat awal mengenai UPSR dalam KSSR mengikut negeri masing-masing.

Senarai Pautan UPSR lain

Contoh Bentuk Soalan KSSR untuk UPSRContOh dan Ramalan UPSR 2016 ini sekadar pencerahan untuk gambaran bentuk soalan  Bahasa Malaysia UPSR 2016. Maka format ini bukan bentuk Rasmi yang ditetapkan, malah Lembaga Peperiksaan Malaysia masih tidak  memuktamatkan bentuk rasmi dan masih dalam proses penambah baikan.

Menurut Sumber Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan bukuContoh Bentuk Soalan KSSR untuk UPSR lebih awal. Bookmark halaman ini dan ikuti perkembangan UPSR Baharu dan Contoh Soalan UPSR 2016 (KSSR) yang terkini. Format UPSR (KSSR) Bahasa Melayu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2015 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq for info
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 09:26 PM | Show all posts
format ni belum disahkan lagi? wah tapi kalau diluluskan memang lain gila ar dengan zaman aku amek upsr dulu walawei

harap2 soalan upsr mcm ni pun tak bocor la mcm itu hari bha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.391209 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list