CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2878|Reply: 14

[Tempatan] Pelajar SK Seksyen 9 Shah Alam sah hidap H1N1

 Close [Copy link]
Post time 8-5-2015 07:54 AM | Show all posts |Read mode



Jabatan Kesihatan Selangor hari ini mengesahkan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 di Shah Alam dijangkiti virus Influenza A (H1N1) seperti yang tersebar dalam laman sosial semalam.

Jabatan itu dalam satu kenyataan menyebut siasatan awal mendapati pelajar Tahun Dua itu mengalami gejala demam, batuk dan selsema pada Sabtu lepas dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada Ahad, namun keputusan makmal menunjukkan dia telah dijangkiti virus itu.

Menurut kenyataan itu lagi, selain pelajar itu, adiknya yang berumur tiga tahun turut dijangkiti virus sama namun kedua-duanya telah diberi rawatan antivirus dan mereka kini beransur pulih.

Punca jangkitan masih disiasat dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling diarah untuk terus memantau tahap kesihatan anggota keluarga pelajar itu termasuk pelajar-pelajar lain di sekolah berkenaan.--Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2015 08:05 AM | Show all posts
ohh...H1N1 da ade cure ye....ingatkan takde lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mang aihh..ade ladang b**i berdekatan ker..
nasib la dpt detect cpt..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 08:13 AM | Show all posts
elohim mula membayar cash kepada ummah selangor.yezzzza!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2015 08:15 AM | Show all posts
famri7 replied at 8-5-2015 12:13 AM
elohim mula membayar cash kepada ummah selangor.yezzzza!

hahahaha jahakkk demo
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
delsmomm replied at 8-5-2015 08:12 AM
mang aihh..ade ladang b**i berdekatan ker..
nasib la dpt detect cpt..

Depa baru balik dari luar negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2015 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 8-5-2015 08:23 AM
Depa baru balik dari luar negara

copy paste dr facebook..c

mamanye sorg je kot pegi obersi..ini
Fitri Idris
Ni penjelasan dr sahabat saya : Assalamualaikum.
Saya ibu kepada pelajar terbabit ingin membuat sedikit kenyataan & pembetulan.

Anak-anak saya kini sedang dirawat di Columbia Asia Hospital Puchong dengan selesa. Alhamdulillah keduanya nampak perubahan positif dan mula aktif.

Kronologi sebenarnya begini.
Anak kedua saya (3 thn) mula mengalami high fever (menggigil) pada 28.04.2015 (Selasa). Saya mula batuk & tak selesa pada hari yg sama. Saya cuba merawat anak saya itu secara home remedy terlebih dahulu kerana menjangkakan demam biasa. Setelah 3 hari, demamnya tidak kebah dan mula batuk juga muntah. Utk pengetahuan, anak saya itu dijaga oleh neneknya di rumah.

Kemudian pada 02.05.2015 (Sabtu), anak saya yg berumur 8 tahun mula dijangkiti high fever. Dia salah seorang pelajar tahun 2 di S.K Seksyen 9 Shah Alam & pelajar Tahsin di sebuah taska agama di Seksyen 9 juga. Kebetulan cuti umum, klinik yg kami pergi semua tutup. Batuk saya juga bertambah kritikal. Rakan ada memberitahu mengenai satu klinik pakar di hadapan IOI Mall yg tidak pernah tutup. Malam 03.05.2015 (Ahad) kami ke sana - Klinik Pakar Kanak Kanak Dr Ting.

Sesampai di sana, setelah pemeriksaan dilakukan dgn pantas, doktor mengarahkan kami terus ke Columbia Hospital Puchong. Drip utk anak2 sudah siap sedia dimasukkan. Alhamdulillah, prosesnya memudahkan kami. Jadi malam itu kami bermalam di hospital dgn rawatan setiap 4 jam sehingga ke hari ini, oleh Dr Ting sendiri. Beliau adalah visiting doctor di hospital ini.

Pada 04.05.2015, doctor sahkan virus Mycoplasma Pneumoniae yg menyebabkan Pneumonia telah berada dlm darah mereka setelah melalui ujian darah. Pada 05.05.2015 pula doctor memberitahu anak-anak saya positif H1N1 melalui ujian cecair mucus dalam hidung. H1N1 yg menyebabkan Pneumonia. Pada mulanya memang rasa berbaur mendengar berita. Namun setelah diyakinkan oleh doktor, saya tidak begitu risau kerana doktor menerangkan dengan lanjut mengenai penyakit ini & keadaan anak tidaklah kritikal. Rawatan berterusan boleh menghilangkan virus itu.

Doktor memberitahu, H1N1 pada 2009 memamg digeruni kerana ia virus yg seolah direka semula dari tahun 1918 (juga dipanggil H1N1 swine flu). Pada tahun 2009, belum ada vaksin utk ini. Kini sudah ada antiviral utk H1N1 iaitu Tamiflu.
Beliau memberitahu lagi, H1N1 kini juga sudah menjadi seasonal flu. Di mana2 ada vaksin & antiviral.
Tetapi ia masih bahaya jika dijangkiti bayi, ibu mengandung & org tua berpenyakit kritikal. Tindakan segera perlu diambil.

Kementerian Kesihatan juga telah menghubungi saya pagi tadi memberitahu hal yg sama. Cara menangani seperti flu biasa juga.

Saya & suami cuma dirawat sebagai outpatient dengan beberapa ubat dan juga rawatan nebulizer untuk kahak. Namun saya bermalam bersama anak2 diwad utk menjaga mereka disamping merawat diri sendiri.

Tentang dari mana kami mendapat virus; seingat saya, kami ada membawa anak-anak ke sebuah bazar di Stadium Shah Alam pada 25 & 26.04.2015. Jarang kami ke tempat awam begitu. Pergi hanya untuk menyokong adik yg baru mula berniaga di bazar tersebut. Kemungkinan besar virus tersebut kami dapat dari situ.

Berkenaan cerita mengatakan kami keluar negara, sebenarnya hanya saya seorang yg baru pulang dari Sri Lanka kerana hal kerja pada 18.04.2015. Kemungkinan virus tersebut saya bawa dari sana seperti tidak berapa logik. Namun saya tidak pasti pula berapa lama virus H1N1 boleh hidup diluar perumah dan menjangkiti orang lain. Betulkan saya jika tersalah.

Insyaallah kami akan discharge pada esok hari setelah keputusan xray paru-paru terbaru diberi. Doakan kesihatan kami.

Diharap ibubapa di sekolah berkenaan tidak terlalu risau dgn condition anak saya jika takut dijangkiti. Saya & doctor akan pastikan anak benar2 bebas dr virus tersebut sebelum menghantarnya ke sekolah semula.

Bagi ibu bapa yg mendapati anak mereka ada tanda2 demam yg tidak kebah, segeralah berjumpa pakar.
Sekian, terima kasi
h.L
ike
·""12
·More
·10 hours ago""
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 09:32 AM | Show all posts
delsmomm replied at 8-5-2015 08:52 AM
copy paste dr facebook..c

mamanye sorg je kot pegi obersi..ini

Tq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2015 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 8-5-2015 09:32 AM
Tq...


kopi & pasta sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 09:38 AM | Show all posts
mama nya sounds educated. well explained. semoga cepat sembuh semunya ya. Alhamdulillah dah ada ubat virus ni. dulu2 kalau kena ni rasa mmg dah sampai masa je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 09:42 AM | Show all posts
http://h1n1.moh.gov.my/GarisPanduanUntukSektorIndustri.php

Incubation period: 7 hari, tapi virus tu boleh tersebar sehari sebelum gejala muncul
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 09:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:28 AM | Show all posts
kentel replied at 8-5-2015 08:05 AM
ohh...H1N1 da ade cure ye....ingatkan takde lagi...

H1n1 tu selsema babi kn?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:29 AM | Show all posts
kentel replied at 8-5-2015 08:05 AM
ohh...H1N1 da ade cure ye....ingatkan takde lagi...

H1n1 tu selsema babi kn?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062367 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list