CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3095|Reply: 20

[Tempatan] Khairy cadang tindakan tatatertib buat penjawat awam gagal bayar PTPTN

[Copy link]
Post time 16-6-2015 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Khairy Jamaluddin (gambar) mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman PTPTN. -Gambar fail





PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata tiada alasan bagi penjawat awam untuk tidak membayar balik pinjaman memandangkan mereka mempunyai pendapatan tetap.

"Bagi saya peminjam yang tidak membayar balik telah mengkhianati perjanjian dan menafikan hak pelajar lain untuk mendapatkan pinjaman yang sama kerana kita sedia maklum jumlah pinjaman PTPTN kini telah dikurangkan kerana ramai yang tidak membayar balik," katanya.







Menurut Khairy, Jabatan Perkhidmatan Awam perlu pertimbangkan tindakan tatatertib dikenakan kerana penjawat awam harus mendukung dasar kerajaan dan bukan mengkhianati perjanjian tersebut.

Beliau demikian kepada pemberita selepas menyertai larian amal "Reach Out Run: Run for a Cause" ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa lebih 33,000 penjawat awam masih gagal membayar pinjaman PTPTN.







Khairy berkata beliau faham sekiranya atas beberapa masalah seperti menghidap penyakit kronik mungkin mereka tidak mampu bayar balik, namun peluang masih diberikan untuk mereka menjadualkan semula bayaran balik.

Larian amal anjuran iM4U itu berjaya mengumpul RM200,000 yang akan diagihkan kepada empat badan amal iaitu Heart Foundation of Malaysia, Dyslexia Association of Malaysia, SVM Welfare Association dan Langkawi Animal Shelter and Sanctuary Foundation.



Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/khairy-cadang-tindakan-tatatertib-buat-penjawat-awam-gagal-bayar-ptptn-62450?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2015 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus jugak idea tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 05:09 AM | Show all posts
btol cakap dia...peminjam yg x bayar tu menafikan hak pelajar lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 07:23 AM | Show all posts
sokong...                           
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 07:24 AM | Show all posts
nak wat cam ne...anak² pak munteri mana de wat loan PTPTN pun nak belajar.....kekadang ada pro and kontra dalam hal nie....jangan main sembur...buat nilaian yang seeloknya.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 07:25 AM | Show all posts
Sokong. Buat pemotongan gaji secara automatik juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2015 07:39 AM | Show all posts
org gomen sni sna allowance dan claim, tp x mampu byar ptptn...diu nia seng...nanti lompat kluar piket melayu tertekan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg amek ptptn...LPs grad jgn keje dgn kera jaan hokay..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2015 09:35 AM | Show all posts
aku sokong gila2... kejadah apakah da hutang x baya???? tak tau malu ker???? biasanyer org lelaki yg liat bayar utang... aku da jumpe hari tu... dia leh kata wat pe nak bayar... banyak lagi benda nak bayar... kereta.. umah... boleh???
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 10:36 AM | Show all posts
patut dah lama dah buat cenggini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 11:02 AM | Show all posts
Isle sunni tak layak nak bincang hukum halal haram tentang tindakan pihak lain kalu
hutang sendiri tak kesah nak bayar
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 12:36 PM | Show all posts
Nasi baik aku blajor dr dip smpai ke degree guna duit sendrik even parent aku income tahap sederhana

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo....
Nk duit rakyat byr tax..byr loan..byr gst..byr tol...byr hutang negara
Apakata korg d audit harta tgk dr mane dtg smua tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang koje swasta bolehlah aman damai toksah pikir hutang ptptn dah. Hoyeah!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan ke memang auto-deduct untuk gomen? Or that one applicable to those yang authorized untuk auto-deduct monthly?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 12:42 PM | Show all posts
KJ ni awat bahalol? knp gomen x check status employee depa semasa mula berkerja dan buat auto deduction??? tu pun nak kena ajar ke? KJ..jgn jadi bodo mcm muntrik2 lain la!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 08:27 AM | Show all posts
ini saya sokong
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 08:29 AM | Show all posts
gaara_X replied at 16-6-2015 07:24 AM
nak wat cam ne...anak2 pak munteri mana de wat loan PTPTN pun nak belajar.....kekadang ada pro  ...

most penjwt awam hutang lain pun tak berbayar...
suka buat loan.... org cina tgk geleng kepala.... psl nak hidup mewah luar kemampuan.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 08:35 AM | Show all posts
razhar replied at 16-6-2015 12:42 PM
KJ ni awat bahalol? knp gomen x check status employee depa semasa mula berkerja dan buat auto deduct ...

auto deduct baru keje tu mesti ramai tak stuju..... at least bg tmph stahun lepas koje... most kes tak byr psl takde tanggungjwb n takde apa2 tindakan.....
tak mcm pinjam bank
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg auto deduct kan? Sbb husband mmg tiap2 bln potong gaji.. x sure la kalau kita sendiri yg kena arah kan bendahari utk pemotongan tu...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Terkini: Shuhada block acik forum, apa yang sedang berlaku? (page 200)
JoyahMengayahTerkini: Shuhada block acik forum, apa y
Views : 143546 Replies : 4051
Konsert Maroon 5 di KL, 2025
maklukpenggodaKonsert Maroon 5 di KL, 2025
Views : 7410 Replies : 2
Debat Donald-Kamala dijangka sengit
maklukpenggodaDebat Donald-Kamala dijangka sengit
Views : 55747 Replies : 6
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42348 Replies : 333
A baby boy is coming!!
gunkgurlA baby boy is coming!!
Views : 8472 Replies : 5
Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan
mojarean_XSultan Pahang sebak puterinya bakal mela
Views : 16706 Replies : 12
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 26663 Replies : 43
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 56936 Replies : 527
LIVE From Castles, Palaces & Historical Places Every Friday To Monday!
MahathirinaLIVE From Castles, Palaces & Historical
Views : 75185 Replies : 5
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21599 Replies : 509

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.044404 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list