CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2240|Reply: 2

Projek Pembiakan Ikan Arowana Tidak Menjadi

[Copy link]
Post time 17-6-2015 01:10 AM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelaburan sejumlah RM600,000 bagi pembiakan 70 ekor ikan Arowana untuk Program Ikan Hiasan di Bukit Merah, Perak, tidak menjadi apabila kesemua ikan tersebut tidak membiak.
Laporan Ketua Audit Negara (siri kedua) berkata ikan itu tidak membiak sejak dibeli pada tahun 2011, biarpun secara normal ikan-ikan jenis Arowana membiak sekali dalam setahun.

Audit yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), yang menguruskan Program Akuakultur di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang, mendedahkan secara laporan keseluruhan program tersebut adalah tidak memuaskan.

"Sebanyak 1,600 sangkar ikan telah dibina untuk program akuakultur Sungai Menghulu, tetapi 800 sangkar telah musnah semasa ribut.

"Progressive Ocean Sdn Bhd membina semula 400 sangkar, tetapi hanya 100 daripada mereka yang gunakan," laporan tersebut merujuk kepada salah satu daripada lima syarikat utama yang menjalankan program ini.



Syarikat utama juga membina sebuah kilang pemprosesan makanan di Tanjung Dawai yang tidak mengikut syarat-syarat perjanjian. Namun, NCIA telah meluluskan pembayaran sebanyak RM5 juta untuk tujuan itu.

Bagi pengeluaran udang putih, audit melaporkan 15 daripada 28 buah kolam dibina untuk program akuakultur Sungai Kerang tidak digunakan dan operasi kilang pemprosesan di Kamunting, Perak, telah dihentikan pada bulan Ogos tahun lalu kerana bekalan dari kolam tidak mencukupi.


Sementara di Perak, 105 daripada 140 buah kolam udang putih di Selinsing dan 161 daripada 168 di Pulau Gula tidak digunakan.

[size=0.98em]Audit turut melaporkan bahawa syarikat-syarikat yang menjalankan projek ini tidak mematuhi perjanjian yang ditetapkan bersama NCIA.




"Pemilikan lima bot bernilai RM1.15 juta yang telah dibiayai oleh NCIA, tidak dipindahkan kepada mereka, dan insurans RM900,000 pada kemudahan dan alat yang digunakan tidak memenuhi syarat-syarat perjanjian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2015 02:16 PM | Show all posts
bab2 ternak ni risiko agak tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 12:31 AM | Show all posts
Duit dari gomen ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.128090 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list