View: 8067|Reply: 31
|
Info Menarik Tentang Kad Kredit di Malaysia
[Copy link]
|
|
![](http://2.bp.blogspot.com/-5Q6g-18kSvo/U2rUC0JtaQI/AAAAAAAAw7k/CY5eZuEeDxg/s320/Kad+Kredit.jpg)
Namun begitu, kali ini kami di CompareHero bawakan kepada anda beberapa fakta menarik tentang kad kredit yang kami percaya penting untuk anda tahu. Mari kita lihat senarai berikut.
1. Terdapat sejumlah 8.21 milion kad kredit yang telah dikeluarkan oleh bank serta pengeluar kad kredit lain di Malaysia, melibatkan 28.6 juta rakyat Malaysia. Mengikut statistik ini, setiap seorang daripada 3 rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit.
2. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK menerusi tinjauan yang dibuat pada tahun 2012 berkenaan pinjaman kewangan dengan 1,002 responden berumur 18 hingga 35 tahun mendapati 39% daripada jumlah responden memiliki kad kredit. 90% daripada mereka mempunyai sehingga dua kad kredit manakala 10% mempunyai 3 hingga 6 kad kredit.
3. Tinjauan Nielsen Global Survey of Investment Attitudes pada tahun 2012 pula mendapati Malaysia berada di tangga kedua tercorot dalam senarai pembayaran penuh baki kad kredit di Asia dengan kadar kurang 50%, satu tangga lebih baik daripada Vietnam (27%).
4. Tinjauan yang sama juga mendapati hanya 18% rakyat Malaysia yang memiliki kad kredit membayar jumlah minimum 5% baki kad kredit mereka setiap bulan manakala hanya 15% membayar lebih daripada jumlah baki minimum bulanan.
5. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), seramai 4,875 pengguna telah diisytiharkan muflis akibat hutang kad kredit. Jumlah ini mewakili 4.18% daripada 116,488 jumlah keseluruhan individu yang diisytiharkan muflis dalam tempoh tahun 2007 hingga 2013.
6. Kad kredit berjenama bertemakan bola sepak adalah paling popular di Malaysia. Kelab Piala Inggeris, Manchester United misalnya, bergabung dengan beberapa bank tempatan seperti Public Bank dan Maybank untuk pengeluaran kad kredit editi Manchester United. Bank Islam pula mengeluarkan kad kredit dengan jenama pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.
7. Di Malaysia, UOB telah mengeluarkan kad kredit yang direka unik untuk wanita lengkap dengan ganjaran-ganjaran menarik merangkumi aspek-aspek seperti beli belah, kecantikan, kesihatan serta lain-lain promosi di restoran dan kafe terpilih. Kad kredit ini juga menawarkan promosi menarik di butik-butik kegemaran wanita Malaysia seperti Charles & Keith, Michael Kors dan lain-lain.
8. Pada tahun 2005, permainan papan terkenal dunia, Monopoly mengeluarkan edisi Electronic Banking (Perbankan Elektronik) yang mengadaptasikan penggunaan kad debit atau kad kredit menggantikan wang tunai yang sekian lama dikenali sebagai konsep utama Monopoli.
9. Sebagai salah satu negara pelopor perbankan Islam di dunia, Malaysia juga adalah negara terawal di dunia yang mengeluarkan kad kredit Islamik berlandaskan sharia. Kad kredit Islam atau lebih dikenali sebagai kad kredit-i yang pertama ini diperkenalkan oleh AmBank Berhad pada tahun 1996 dengan nama al-Taslif. Kekal sebagai kad kredit Islamik terbaik dengan pengiktirafan dunia sehingga hari ini, kad kredit ini dikenali dengan nama AmIslamic Bank Al-Taslif Card-i yang boleh didapati dalam pelbagai kategori daripada Classic, Gold atau Platinum. Anda boleh membuat perbandingan kad kredit ini ini dengan lain-lain kad kredit-i di sini.
10. Kad kredit termahal dan paling eksklusif di dunia adalah Black Centurion daripada American Express dengan yuran tahunan sebanyak RM 8,126 atau USD 2,500. Pemegang kad kredit elit ini juga hendaklah berbelanja serendah RM 820 ribu setahun.
selongkar 10
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah penah ada dua kad kredit, salah satu American Express.......memang seronok ada kad kredit, tapi bila sampai cukup bulan kad kredit American Express kena bayar full. Lama2 terus cancel dua2 sekali...bayar tunai lagi senang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon berkira2 nk terminate cc ni...tp bila pkir blk...penting gk tuu |
|
|
|
|
|
|
|
kebaikan kad kredit membolehkan kita membeli anytime tanpa perlu cashkan duit..
keburukannya, kita boleh terbabas.. apabila merasa sentiasa bnyk duit.. apa pun, kena disiplinkan kan diri..
kad cimb aku dah gunting.. tggal maybank je.. tu pun sbb fikirkan anytime perlu travel.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu sampai ade 4 cc...
tutup semua... selama 3 thn xde card...
bile dah kawen ni ... amik balik.. laa ni ade 2... 1 utk touch and go.... 1 lagi utk insurance & emargency...
penting gak ade cc nih... especially yg kuar travel |
|
|
|
|
|
|
|
ramai eskekutif muda yang menjadi bankrap oleh kerana kad kreadit....... |
|
|
|
|
|
|
|
saya xmampu ada kad kredit ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
mau bankrupt sampei di ambang sore |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 3. Penting bila outstation atau travel. Senang.Tapi tiap2 bulan make sure byr bagi langsai baki hutang tu.
Tapi lagi bagus kalau boleh guna debit card saja. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak der cc... bahaya der.. baik aku pakai debit kad jer.... n menabung untuk kecemasan..... takut terjerat.... mengkayakan bank lagi buat apa,,, ahahahhahahaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni aku dah berjaya kosongkan kad aku. tapi pejam celik pejam celik kejap je dah hampir penuh balik. cheh. |
|
|
|
|
|
|
|
pnh ade 2 cc
tp alhamdulillah dh setel
no more cc |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau diri x pandai displin ,Jgn Salahkan CC |
|
|
|
|
|
|
|
X layak pki cc
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh byq 1 n tggal lg 1..aku xsuka..serabut...lps ni aku nk wat cam becky bloomwood...boh kad krdit dlm ketui ais yg paling tebai skali ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Guna cc hanya bila perlu. Setakat ni, still ok. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya CC ni khas.utk advanced duit sementara tunggu gaji. kalau gaji kita rm2.5k tolak tolak semua timggal rm300 nett maka kredit kad kita kegunaan MAX rm300 sahaja. yang jadi orang muflis dignakan maximum habis kad tu. beli pulak bende susut nilai macam ipad. tv. servis kereta etc etc. belanja smpai rm2k tapi gaji pendapatan boleh guna lepas tolak itu ini rm300 macam mana nak settle? itu pasal ramai yang sangkut menggunakan kredit kad seolah olah gaji bulanan. padahal expenses seperti minyak sewa rumah installment kereta x ditolak lagi.......
cuba bayangkan situasi ini. kita ada kredit kad malam ni kita enjoy dgn kawan kawan makan besar smpai 3k.. tetiba balik rumah accident orang langgar lari... totally disable 2 kaki. kalau ada insuran seronok jugak la tapi kalau harap kerja makan gaji je... seingat saya bila dah terlantar macam tu xde majikan ambil pedulik. ......
|
|
|
|
|
|
|
|
so far kad kedit byk membantu aku time x cukup duit..selame aku pakai xpenah lagi x byr or over penggunaan..semue terkawal.. cume tertekan dengan collector die tuh..22 hb dah menggelupur mintak bayar..tensen aku..![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kene displin tgi..pakai bila btol2 desprate sajer..kalo x displin elok rentikn jgn pakai..boleh mendatangkn bala..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang lebih banyak gunakan debit card je. CC guna masa travel overc je. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah byk kali org pandang pelik bila ckp takde CC. ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|