Assalamualaikum warga bod Parenting..
Saya memohon belas ihsan para ibu di sini sekiranya ada baju bayi yang terpakai dan sememangnya tidak mahu digunakan lagi untuk disedekahkan kepada seorang bayi di tempat saya bekerja sekarang di mana ibubapa bayi tersebut sangat miskin dan tidak berkemampuan untuk menyediakan keperluan bayi itu. Untuk makluman ibubapa bayi itu adalah warga Bangladesh dan Indonesia serta beragama Islam. Saya simpati melihat bayi itu cuma dibalut dengan kain batik sahaja dan dibaringkan di atas pangkin tanpa tilam dan bantal.
Bapanya hanya pekerja kontrak dan skrg menanggung hutang kos melahirkan bayi itu RM5k kerana bersalin secara pembedahan di hospital swasta. Kerana itulah dia x mampu nak sediakan keperluan bayi itu..lebih malang mereka langsung x buat persiapan sblm bersalin kerana menyangka pantang beli brg baby sblm bersalin
Sekiranya ada sesiapa yang ingin bersedekah brg2 baby tersebut sila pm saya utk alamat penghantaran. Saya tidak menerima bantuan dalam bentuk wang kerana tidak mahu disalahtafsirkan..
kesiannya...
semoga ramailah yang membantu.
ini adalah amal jariah yg jelas yg kita sendiri boleh rasa segar dalam hati jika kita buat
..kami terlampau jauh untuk sampaikan baju anak anak kami..
Author|Post time 27-6-2015 06:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mudah-mudahan..amin..
setakat ni blm ada yg pm lg..klu x dpt htr sb jauh melalui pos pun ok.
sy nk bg baju ank2 sy pun dh bsr2..yg kecik lelaki pun dh 8 thn dan baju2 ms dia baby pun sy dh pass kt org lain lama dulu.nk bantu beli baru sy pun krg mampu cuma ni je sy boleh ikhtiarkan.