View: 7102|Reply: 67
|
[Tempatan]
JPJ DIARAHKAN TURUNKAN SIGNBOARD ETIKA BERPAKAIAN???? APA DAH JADI??
[Copy link]
|
|
Saiful Nang shared Warga Prihatin's photo.
1 hr ·
JPJ DIARAHKAN TURUNKAN SIGNBOARD ETIKA BERPAKAIAN???? APA DAH JADI?? lepas ni yang pakai separuh bogel juga boleh berurusan di kaunter JPJ.

Warga Prihatin
2 hrs · Edited ·
ARAHAN KSN - JPJ TERPAKSA AKUR SEPARUH BOGEL BOLEH BERURUSAN DI JABATAN ITU.
Semalam Kementerian Pengangkutan mengeluarkan satu pekeliling kononnya atas arahan KSN agar JPJ menurunkan signboard etika berpakaian semasa berurusan dengan jabatan kerajaan ini. Arahan itu dikatakan kekal sehingga garis panduan yang sekarang ini dikaji dan garis panduan baru dikeluarkan.
Sebelum ini telah viral seorang wanita Cina yang berpakaian mencolok mata diberikan kain sarong untuk berurusan dengan JPJ ataupun terpaksa pulang tanpa urusan.
Kod etika berurusan dengan badan kerajaan seperti yang tertera di papan kenyataan itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sejak lama dulu. Ia bukan satu peraturan baru.
Malangnya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan bahawa etika berurusan dengan JPJ tidak pernah wujud.
Papan kenyataan baru hanya berbunyi “pelanggan yang datang berurusan ke kaunter JPJ hendaklah berpakaian sopan”. Yang nyata perkataan ‘sopan’ dalam kod etika baru itu terlalu umum dan sukar diukur (define), tidak seperti garis panduan sekarang yang begitu terperinci dan jelas.
Semua kakitangan JPJ seperti kehilangan moral dan maruah dengan keluarnya arahan baru ini.
CAMPURTANGAN POLITIK
Agak mengelirukan juga apabila Menteri membuat kenyataan seperti itu. Samada beliau memang tidak tahu adanya peraturan sebegitu atau mungkin disebabkan oleh tekanan yang dikenakan oleh Teressa Kok dan juga ahli-ahli politik pembangkang.
Dalam isu yang viral sebelum ini dinampakkan untuk kali pertamanya majoriti netizen menyokong dan menyebelahi JPJ atas tindakan yang dibuat oleh pengawalnya. Itu tanda bukanlah masyarakat membenci JPJ jika apa yang mereka buat itu betul. Namun selepas itu, ahli-ahli politik pembangkang terutama DAP mula memainkan isu ini dengan pelbagai sindiran-sindiran.
Malang sekali bagi Malaysia. Dengan pekeliling yang mengarahkan papan kenyataan lama itu diturunkan, maka JPJ terpaksa akur untuk membenarkan sesiapa sahaja yang berkemungkinan mengenakan pakaian ala bikini untuk berurusan di kaunter-kaunter JPJ.
JPJ menang moral pada awalnya dari sokongan umum. Namun, apabila menteri sendiri tidak mengakui yang kod etika berpakaian itu telah wujud sejak lama dahulu, apa lagi yang boleh bahagian perlaksanaan lakukan jika itu telah dititahkan oleh menteri.
KESIMPULAN
Mungkin kita sedikit ketinggalan dalam ketamadunan manusia hari ini. Di UK sendiri telah diwujudkan etika berpakaian untuk tidak mengenakan skirt pendek kerana akan mengganggu tumpuan pengajar. Tidak pula Teressa Kok dan parti pembangkang menyindir masyarakat dan pemimpin UK? Jadi, untuk apa sebenarnya kempen dan ejekan mereka jika tidak hanya kerana tujuan politik?
Jika ini gayanya reaksi kita dalam menghadapi isu semasa yang melibatkan karenah manusia, maka kepimpinan negara ini akan dilihat sangat lemah dan flip flop. Kena ejek sikit sudah melatah dan tukar polisi.
Inilah yang terjadi apabila kepimpinan atasan terlampau memandang sudut populis. Seorang Menteri Cina terus melatah apabila melihat ramai kaum Cina yang menyokong wanita itu. Mungkin jika beliau menyebelahi JPJ nanti bakal hilang pula undi populis beliau di Bentong dalam PRU yang akan datang.
Nanti apabila tukar Menteri Melayu dan berlaku isu yang sama, maka polisi yang sama akan bertukar semula hanya kerana ingin melayani sudut populis.
Bagi kami apa yang terkandung di papan kenyataan lama itu sudah cukup baik. Itu pun belum dilaksanakan dengan begitu sempurna sebelum ini. Kerana itulah kami berdiri teguh dengan tindakan JPJ menegakkan kod etika berpakaian semasa berurusan.
Kita baru sekadar menetapkan pakaian beradab sopan, belum lagi menetapkan pakaian ‘muslimah’ di pejabat kerajaan sebuah negara yang kononnya ‘Islam’ pada masyarakat yang sudah mula gemar telanjang di tempat awam.
Adab itulah yang ‘membentuk peradaban’ negara bangsa. Rosaknya adab akan menyebabkan keruntuhan peradaban juga.
Jika adab dalam berurusan dengan kerajaan juga sudah boleh dipertikai dan dicabar, tunggu sahaja nanti kod etika berpakaian memasuki masjid-masjid juga mungkin akan dicabar pada masa akan datang. Akhirnya kita terpaksa mengalah sehingga manusia yang berpakaian separuh bogel juga boleh memasuki rumah ibadat.
Adakah ini dipanggil toleransi? Ataukah ini gambaran jentera kerajaan kita lemah?
Jika atas dasar toleransi kenapa ini tidak berlaku dengan GST? Juga atas penarikan subsidi, kenaikan harga barang, polisi cermin gelap dan begitu banyak polisi yang dibantah rakyat sebelum ini?
WARGA PRIHATIN
|
|
|
|
|
|
|
|
Rules are meant to be broken. Arinih dibuat untuk mencerminkan government... Esok lusa public komplen, pastu ahli politik masuk campur, tinggal kenangan jah peraturan ni semua.
Takpe, boleh tengok tiger show kat pejabat kerajaan pasni. Thanks to those yang kuat mengadu... Bukan tak wujud pun makhluk sezizik macit kertu nampak tulang pakai baju seksey ngan mini skirt berlegar di ruang menunggu. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la.
yang mana satu jadi boneka??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak turunkan signboard? Orang awam harus menghormati peraturan.  |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni pakai baju renang pun blh trus berurusan di pej gomen...kipidap |
|
|
|
|
|
|
|
mmmmmmmmmmmm kenapa laaaaa boleh jadi begini.. pasni rakyat... sila komplen.......... sila lah komplen...... biar negara tiada peraturan dan tatasusila....... jadi latin amerika |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum turun...ramai2 sokong yg bantah.
dah arahkan turun...salah jugak...yoyo ye tak?.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus
dan sila letak signboard besar2 di semua jabatan2:
AKU TAK AKAN RASUAH |
|
|
|
|
|
|
|
berkemban jer laa pg JPJ lepas ni..senang sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zorrro_03 at 8-7-2015 02:00 PM
Kannn. Kau bayangkan cikki celaka tak kira bangsa datang ke ofis bau busuk tak mandi selekeh. Mengganggu orang lain betul tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nk kena turunkan lak..
kalau ada signboard x salah pun as guideline.. |
|
|
|
|
|
|
|
bijan dah terdesak......nak dapat sokongan cina lah ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmm.....double standart... |
|
|
|
|
|
|
|
kuat betul penangan satu kaum tu....... tu la kat dlm alquran sendiri dah tulis jangan kawan dgn kaum munafiq ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngok ngek gak dia..spesis maslan ni...agaknya sendiri x pernah p JPJ kot tu pasal dia x tau..lingkup la Malaysia dpt menteri2 bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap ada yg lepas ni datang betul2 bogel.
Ya lah, kalau tgh ramai2 beratur tu, boleh la guna skil ni bg yg lelaki.
Bogel divtengah2 ramai org.. |
|
|
|
|
|
|
|
hamdalah sis!!! sunni telah kalah vs kafir harbi!!!  |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni pakat komplen jumlah kompaun plak.. Harap2 rate kompaun RM300 pon buleh arah turun jugak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|