CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7371|Reply: 10

7 makanan ringan yang sihat

[Copy link]
Post time 7-8-2015 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Makanan ringan samada snek (snack foods) ataupun snek kurang zat (junk foods) adalah makanan mudah guna yang termasuk dalam kategori makanan segera. Ia hanya memerlukan masa dan usaha yang sedikit untuk disediakan samada sejuk ataupun panas. Walaubagaimanapun, makanan ringan sering dikaitkan dengan makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan dan cara penyediaannya. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan ringan yang menyihatkan:

1. Kacang




Segenggam kacang tanah rebus, badam atau pelbagai jenis kacang lain dalam sehari tidak akan menggemukkan. Kacang tanah mengandungi zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, fosforus dan kandungan protein yang tinggi. Ia bukan sahaja dapat mengalas perut yang sedang berkeroncong, malah makan segenggam kacang tanah setiap hari terutama bagi pesakit kencing manis akan dapat membantu kekurangan zat di dalam badan.

2. Telur



Telur sering dikaitkan dengan kegemukkan kerana mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Walaubagaimanapun, jika kita bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, ia akan menjadi hidangan yang sihat kerana manfaat telur lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya. Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin serta mineral malah mengandungi sumber protein yang tinggi  dan boleh membuat kita berasa kenyang dengan lebih lama.

3. Avokado


Avokado adalah buah sihat yang kaya dengan lemak tidak tepu dan boleh mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Mengambil avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan mencapai tahap kolesterol yang rendah. Selain disediakan dalam bentuk jus atau salad, avokado juga enak dijadikan inti sandwich atau dimakan bersama sushi.


4. Ayam goreng


Ayam goreng mengandungi protein yang tinggi iaitu sebanyak 16% dan lemak sebanyak 15%. Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B1, B2, niasin, kalsium dan zat besi. Sekiranya minyak yang digunakan semasa menggoreng berkualiti, ayam goreng boleh menjadi sumber makanan yang baik.

5. Yogurt



Susu yang berasa masam ini bukan sahaja sedap malah mempunyai khasiat yang pelbagai. Selain kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium ia juga mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin yang dapat meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.

6. Cendawan




Cendawan adalah makanan yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat yang boleh membuat kita berasa lebih kenyang dengan lebih lama. Ia bukan sahaja mampu merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah, malah dapat meningkatkan sistem ketahanan badan. Makan semangkuk sup cendawan lebih elok berbanding mengunyah sepotong pizza atau sepinggan mee segera.

7. Roti Gandum




Bagi yang sedang mengamalkan diet, pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum kerana roti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) adalah hidangan ringan yang kaya dengan vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan yang memberikan rasa kenyang dengan lebih lama.

Rujukan gambar:
http://drrozmey.files.wordpress. ... jpg?w=300&h=199
http://www.healthy-dietpedia.com ... inkberry-yogurt.jpg
http://www.cuti.com.my/album/alb ... 0kacang%20tanah.JPG
http://2.bp.blogspot.com/-CIWyFb ... cendawan+butang.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-S-67eT ... m+goreng+renyah.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-rhQgGv ... /Buah%2BAvokado.JPG
http://www.nibbledish.com/public ... _130b121ac7_o.jpgtr
trymasak.my


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 10:55 PM | Show all posts
ayam goreng?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 03:03 PM | Show all posts
ada ke orang nk makan avokado sebagai snek
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 02:19 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 27-10-2015 02:20 PM
ma_rul: ada ke orang nk makan avokado sebagai snek

i pun x suke avokado....

alhamdulillah...dh tukar makan roti putih ke wheat bread...
tp the best roti is roti buatan sendiri la....cause kalau tgk ramuan..roti yg kite beli utk makan hari2..tu
mcm2 ramuan...die pakai...so paham2 je la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 04:10 PM | Show all posts
Ayam goreng tuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 02:42 PM | Show all posts
Edited by JustineFoong at 26-8-2019 02:51 PM

Kacang. Walaupun kacang mengandungi kandungan lemak yang tinggi, penyelidikan menunjukkan bahawa kacang bermanfaat untuk kesihatan termasuk

(i) mengawal tahap gula darah;
(ii) memperbaiki nisbah LDL iaitu mengurangkan LDL (low density lipoprotein, atau cholesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (high-density lipoprotein, atau cholesterol baik);   
(iii) membekalkan lemak tak tepu yang diperlukan.

Artikel untuk bacaan lanjut:
10 Healthy Nuts for Keto Diets
5 Healthy Nuts for Diabetics
15 Seemingly Harmless Foods That Will Harm You And Your Baby
5 Nuts for Brain Health

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur dan ayam goreng dikira ringan eh? Ehhh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ma_rul replied at 26-10-2015 03:03 PM
ada ke orang nk makan avokado sebagai snek

Mkn sebagai inti sandwich sedap. Makan dgn sushi pun sedap. Jadikan milkshake + choc = SYURGA DUNIA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 07:57 PM | Show all posts
Ayam goreng????

Roti????

4 keping roti bersamaan dengan sepinggan nasi so sila makan paling banyak pun dua keping saje
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Avocado tu .. good fat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yang bergunaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.574221 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list