View: 3679|Reply: 11
|
Satu Saat Nanti Kau Tahu, Kau Salah Meninggalkanku
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Apa sebenarnya yang anda rasa saat ditinggalkan? Tiada siapa mampu beri rasa yang betul-betul dapat digambarkan ketika anda ditinggalkan. Tak mampu berkongsi perasaan secara terbuka, mungkin kerana malu, atau kerana takut luka datang kembali..
1. ....Padamu aku sempat percaya. Dalam banyak hal kau lah yang pertama...
Siapa diantara kita yang akan mula bicara? Siapa yang sanggup berkongsi waktu? Siapa yang pertama kali memberi keyakinan kita memang lebih baik bersama?
Padamu, aku sempat percaya. Walau apa pun, kita pernah membuat satu sama lain bahagia. Kau adalah orang yang dalam banyak-banyak... yang pertama.
Walaupun kau mungkin mudah lupa. Hingga saat ini aku masih ingat detik-detik mula kita jumpa. Pandanganmu saat mengakui kau cintakan aku, tawamu, bicaramu tentang masa lalu dan di dalam matamu yang mengharapkan aku di masa depanmu.
2. ...... Kau telah hilang satu-satunya teman hidup. Tak akan ku buang waktu hanya untuk teruskan harapan...
Jujur, kau lah yang terlihat kuat dan elok sahaja. Memang benar, kerana bukan kau yang ditinggalkan tiba-tiba. Sudah berapa kali kau siapkan diri untuk pergi dari hubungan ini. Yang jelas nanti, diri mu lebih sedia dibandingkan diriku yang memang tak pernah menyangka.
Tapi asal kau tahu. Di antara kita, kau lah yang banyak kehilangan kerana memutuskan hubungan. Dan jika kau terlalu naif untuk mengerti, sedarlah akulah yang setia menemanimu, setulus jiwaku.
Bukan kini, tapi nanti. Kau datang kembali. Untukmu aku tiada lagi.
3. ....Aku yakin kita akan baik-baik sahaja tapi salah seorang dari kita pasti menyesali perpisahan yang ada...
Aku bukanlah gadis yang mendoakan yang tidak baik buatmu. Tidak terfikir untuk kembali memohon simpati. Cuma, satu ketika nanti, apabila aku pergi, aku akan henti peduli.
Kerana masih ramai lagi yang ku punya selain kau. Masih jauh lagi cerita untuk diriku di masa hadapan.
Untuk kau yang pernah menjadi cinta...
Terima kasih kerana telah tunjukkan mudahnya dirimu mengakhiri sesuatu.
Akan datang satu masa nanti, kau tertanya-tanya khabar ku. Kau akan lintasi tempat-tempat yang pernah kita jejak. Kau adalah nostalgiaku... masa silamku..
Hanya salah seorang dari kita akan menyesali perpisahan ini. Dan aku berjanji, hari demi hari, aku yakin aku lebih tidak peduli... tentang mu... tentang kita.
Satu saat nanti, kau akan tau, kau salah meninggalkan aku. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
ni news ke sajak?
hmm...dia yg meninggalkan itu satu ujian buat yg ditinggalkan. Dia tidak relevan insya ALLAH.
so, yg di atas sana lebih relevan. DIA yg Maha Pengasih dan Penyayang,
yg meninggalkan ? satu ujian sahaja , that's all. betapa Allah nak tunjukkan janji manusia hamburan kata adalah tak boleh dipegang dari hati yg .... |
|
|
|
|
|
|
|
ya dan aku pernah melalui episod itu
bertitik kepergianmu itulah, aku digantikan dengan insan yang bertanggungjawab
memberikan segala senyum tawa ku sejak peristiwa duka itu,
malahan dia juga membuka peluang untukku membina saham di akhirat kelak
sesungguhnya, kepergianmu itu adalah perkara terindah buatku
Allah pasti gantikan sesuatu yg lebih indah sebaik Dia menghilangkan sesuatu dari kita
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari saat dia memberitahu aku dia mahu keluar dari hati dan hidupku
21 hari yg lalu
saat aku mencari-cari salah apakah aku
hingga manusia yg berkongsi semua saat hidup bersama-sama selama bertahun-tahun ini
pergi...
tidak gugur airmataku
kerana terlalu sakitnya ditinggalkan
kerna terlalu pedihnya dibuang
kerna terlalu luka ditolak begitu
namun...
bila aku baca tulisan ini
airmata yg sekian lama bertakung dikelopak mata
airmata kesedihan kerna kehilangan
airmata luka
gugur...gugur jua
namun....ini semua pastikan berlalu...ya kan, Tuhan?
|
|
|
|
|
|
|
|
” I`ve been in love. It`s painfull, it`s pointless and overrated ” |
|
|
|
|
|
|
|
puitis sungguh bait ayatmu itu sis...
sesungguhnya perancangan Allah tu baik segalanya...Dia lebih mengetahui segalanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali aku masuk board ni
pasti paparan ini aku baca
jadi WAJIB
jadi RUTIN
kerna membacanya jadikan aku lbih kuat setiap hari
Untuk melepaskan dan untuk redha
sangat lelah dan sangat letih
bila teringat semua yg tlah berlaku
namun...
"...SAAT TUHAN AMBIL KESAYANGAN KITA, PASTI TUHAN TAHU
KITA KUAT BERHADAPAN DENGAN RASA
SAKIT DAN KEHILANGANNYA..."
waktu ini...Tuhan mahu aku terus bertahan dan lalui semuanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan, masih kenapakah kami berdua perlu bertemu? kenapa malam ini sekali lagi kami berdua perlu bertemu, bertengkar dan menyakiti hati masing2? Untuk apa satu pertemuan yang awalannya lancar dan mesra..akhirnya kami hanya bertengkar dan bercakaran? Tuhan, aku berdoa tiap solat agar kami tidak lagi bertemu..kerna aku merana Tuhan tiap kali melihat wajahnya, senyumnya..kerna itu semuanya bukan lagi milik aku....hemmm...kenapa perlu ada lagi pertemuan ini dan rasa sakit ini?.. Aku gagal berdiri malam ini, Tuhan! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|