View: 3322|Reply: 9
|
Main Di Eskalator Bawa Maut
[Copy link]
|
|
Kebelakangan ini, insiden kemalangan yang membabitkan tangga bergerak kerap berlaku di luar dan dalam negara, namun ianya sering dipandang remeh.
Jika diimbas beberapa kejadian yang dilaporkan berlaku di Malaysia, bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak turut menjadi mangsa.
Berikut merupakan beberapa tip keselamatan yang boleh dipraktikkan semasa menggunakan eskalator :
1) Jangan benarkan anak-anak duduk, bermain atau bersandar pada selusur tangga bergerak. Awasi gerak-geri mereka setiap kali menaiki eskalator.
2) Bagi kanak-kanak yang masih kecil adalah lebih baik mendukung daripada menyuruh mereka menaiki sendiri eskalator.
3) Setiap kali melangkah, perhatikan pakaian yang bertali atau labuh agar tidak terperangkap di antara alur eskalator.
4) Larang kanak-kanak daripada memegang susur tangan kerana pergerakkannya yang laju boleh mengejutkan mereka.
5) Apabila dukung anak kecil, elakkan berdiri terlalu dekat dengan bahagian tepi eskalator yang terbuka dan berisiko tinggi boleh terjatuh ke bawah.
6) Gunakan lif sekiranya membawa kereta sorong bayi, kerusi roda, skuter elektrik, bagasi dan lain-lain kerana kemalangan boleh berlaku sekiranya menggunakan eskalator.
7) Semasa melangkah meninggalkan eskalator, jangan teragak-agak lantaran kelewatan boleh menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain di belakang.
8) Sentiasa kekalkan jarak di antara kasut atau selipar dengan bahagian tangga yang sedang bergerak.
Selain panduan keselamatan buat pengguna, beberapa langkah keselamatan tambahan disaran dilaksanakan bagi mengelak tragedi sama daripada berulang. Antaranya dengan memasang penghadang tambahan, penyangga dan jaring keselamatan. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
ya.....terima kasih atas nasihat.... |
|
|
|
|
|
|
|
main di atas katil pula boleh maut ke? |
|
|
|
|
|
|
|
main atas katil boleh bawa maut x? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus peringatan untuk semua |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya walaupun dah banyak kejadian jadi, mak pak bangsat yang bongok masih wujud lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|