Beijing: Pihak berkuasa China menafikan kematian ribuan ikan dalam sungai di Tianjin ada kaitan dengan letupan gudang bahan kimia di pelabuhan bandar raya itu minggu lalu, walaupun kejadian ikan mati itu berdekatan dengan lokasi bencana.
Gambar ribuan ikan timbul dan mati dalam Sungai Hai beredar pantas di media sosial China sejak semalam, menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan pencemaran bahan kimia akibat letupan serta kebakaran besar-besaran yang membunuh sekurang-kurangnya 114 orang.
Pihak berkuasa mengesahkan ada lebih 40 jenis bahan kimia disimpan dalam gudang di pelabuhan berkenaan, termasuk ammonia nitrat dan sejumlah besar sodium sinida.
Bagaimanapun, agensi berita rasmi China, Xinhua, menyatakan tiada kesan toksik sinida ditemui dalam sungai ketika ujian oleh tentera, semalam. Ikan terbabit ditemui mati kira-kira enam kilometer dari lokasi letupan.
Pengerusi pusat pemantauan alam sekitar Tianjin, Deng Xiaowen, berikrar menyiasat kematian ikan itu dan ada kemungkinan ikan boleh mati ketika musim panas berikutan perubahan kualiti air sungai.
Seorang pegawai tentera berkata, ikan spesis terbabit mudah mati kerana sensitif kepada perubahan keadaan alam sekitar. - The Guardian
Post time 22-8-2015 08:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Teh_90 replied at 22-8-2015 06:39 AM
oooh....no....no.....
Tak apa, lepas ko jadi mutan, bolehlah call Spidey. Bersama kita menjaga keamanan negara kita.
Tapi kalau ko jadi mutan yang tak ada kuasa istimewa, nasib ko lah.
Post time 22-8-2015 05:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
akusukaq replied at 22-8-2015 04:58 PM
Tapi orang melayu gigih jgk ke Tianjin beli gula gula halal kata nya. Untuk jadikan ole ole
Tang ole2 kat Tianjin Aku pon x paham. Punya lah nk g sana semata2 nk beli ole2 n lawat masjid tu. Xde istimewa mcm Beijing n chengde. Buang Karan je g situ