Menu sihat untuk keluarga tersayang dan mungkin boleh dijadikan salah satu hidangan pencuci mulut untuk rumah terbuka. Anda sendiri boleh rasa mangga segar apabila digigit, jom cuba buat!
Bahan-bahan: 1 paket puding mangga segera
400 ml air
Sedikit hirisan mangga
Cara-cara menyediakannya:
Letakkan periuk atas dapur dan masukkan serbuk puding mangga segera.
Kemudian masukkan pula air. Hidupkan api dan kacau perlahan-lahan bahan agar tidak berketul.
Masak air dan serbuk puding tadi sehingga semua bahan larut.