CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11898|Reply: 1

Telur Hancur Yang Serius Sedap & Mudah Dibuat

[Copy link]
Post time 26-8-2015 02:30 PM | Show all posts |Read mode

Apa sajian sarapan pagi anda? Roti? Pancake? Nasi Lemak? Telur? Biasa makan telur hancur, bukan? Ini, wanista ingin kongsikan beberapa resepi telur hancur yang pelbagai boleh anda buat istimewa untuk keluarga, semuanya sedap dan mudah dibuat.
Telur Hancur Cheese
Ini adalah resepi telur hancur yang paling mudah dibuat. Satu-satunya kelainan adalah ditambah dengan keju.
Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan (60ml) susu
  • Garam & lada hitam
  • Mentega 10g
  • 1/4 cawan (25g) cheddar cheese parut
Cara:
Pukul telur dan susu bersama. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng dengan api yang sederhana kecil. Kacau telur sesekali, jangan terlalu hancur, biarkan selama 4-5 minit. Akhir sekali masukkan keju.
Sumber : taste.com.au
Mexican Scrambled Eggs
Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 2 tortillas jagung lembut
  • 1 tomato, dipotong kecil
  • 1 daun bawang, dicincang
  • 1 cili hijau, dicincang
  • 4 biji telur, dipukul
  • 1/4 sudu teh garam (table salt)
Cara:
Panaskan minyak sayur-sayuran dalam kuali. Gulung tortillas jagung jadi bentuk sosej dan kemudian guntingkan dan masuk ke dalam minyak panas. Tumis untuk beberapa minit sehingga garing dan keemasan, keluarkan. Tambah tomato dan daun bawang ke dalam kuali panas bersama-sama dengan cili, kacau kesemuanya. Masukkan semula tortillas jagung yang digoreng ke dalam kuali, tambah telur dan garam. Kacau lagi biar semuanya sebati.
Sumber : nigella.com
Beef Bacon & Avocado Eggs
Jika anda sedang mencari sesuatu yang baru dan segar untuk dicuba, cuba resepi beef bacon bersama avokado ini.
Bahan-bahan:
  • 2 keping beef bacon
  • 2 biji telur
  • Garam kasar dan pepper
  • Avokado
Cara:
Goreng beef bacon dalam kuali kecil dengan api sederhana selama 3-5 minit setiap sisi. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan 2 sudu besar air dan garam dan pepper. Tuangkan ke dalam kuali. Masak selama 2 hingga 3 minit. Taburkan beef bacon dan avokado.
Sumber : marthastewart.com
Scrambled Peppers & Eggs
Berikut adalah satu lagi resepi bagi sesiapa yang suka rempah dan pedas.
Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 bawang merah, dicincang
  • 2 paprika merah, dicincang
  • 2 cili poblano @ Anaheim, dicincang
  • 1 cili hijau segar (jalapeno), dicincang
  • 1 bawang putih
  • Garam dan lada hitam
  • 4 biji telur, dipukul
Cara:
Masukkan minyak ke dalam kuali besar dengan api sederhana tinggi. Tambah bawang dan masak, kacau sekali-sekala, biarkan sehingga 1 atau 2 minit.
Tambahkan kesemua jenis cili dan bawang putih, taburkan garam dan lada hitam. Kacau lagi sehingga semua cili berwarna terang tetapi tidak terlalu lembut selama 4-6 minit.
Perlahankan api dan masukkan telur. Kacau dan biarkan telur masak 3 hingga 8 minit. Hidangkan dengan roti bakar, tortillas ataupun ikut suka anda.
Sumber: cooking.nytimes.com
Basic Scrambled Eggs
Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan susu
  • Garam & pepper
  • 2 sudu teh butter
Cara:
Pukul telur, susu, garam dan lada dalam mangkuk sehingga sebati. Panaskan butter ke dalam kuali nonstick dengan api yang sederhana. Tuangkan campuran telur, teruskan memasak sehingga pekat dan tiada telur cecair kelihatan. Jangan kacau terlalu kerap.
Sumber: incredibleegg
wanista.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 02:51 PM | Show all posts
all time favourite telur hancur ni.. thanks for the recipe..yg dgn avocado tu mcm nak try jer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.107926 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list