|
Bagi penggemar masakan laut, anda boleh cuba resepi Lala Tumis Serai dengan cara yang sangat mudah dan paling istimewa sebab rasa dan bau sajian ini saja, mampu memukau selera anda.
Bahan-bahan:
5 batang serai }
1 labu bawang besar }
3 ulas bawang putih } dihiris
100 gm halia }
5 tangkai cili api }
1 helai daun kunyit }
1 biji tomato – dipotong 6
100 gm taucu
30 gm serbuk kunyit
200 gm sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara Membuat:
- Lala yang telah dibersihkan direbus untuk seketika
- Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga berbau wangi.
- Masukkan sedikit air, taucu, sos tiram, serbuk kunyit, tomato, garam dan gula. Kacau seketika dan masukkan lala.
mingguan wanita
|
|