Untuk mengetahui kerang yang direbus sudah masak adalah dengan melihat kulit kerang yang terbuka dengan sendirinya.
BAHAN-BAHAN:
200gm isi kerang
20gm kelapa parut
10gm bawang besar
10gmm bawang merah
5gm cili padi
1/4 biji limau nipis | diambil airnya
2 sudu makan air cili
3 sudu makan kelapa kering | disangai
1 biji limau nipis | diambil airnya
5gm garam
5gm gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Rebus kerang dengan garam sehingga masak. Kopek isinya.
2. Tumbuk bawang merah dan bawang besar hingga separuh lumat.
3. Campurkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam, gula dan air limau nipis.
4. Gaulkan rata bersama kerang dan kesemua bahan lain dan hidangkan.
rasa