CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8178|Reply: 0

Lepat Cendol Sedap

[Copy link]
Post time 27-8-2015 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera
Teruja nak berkongsi resepi pencuci mulut yang sangat-sangat sedap & mudah untuk dibuat.


Ni la kuih yang saya sukaaa sangat!


Sebenarnya dah 2x saya share di facebook saya. Kali pertama adalah beberapa bulan lepas...ibu mertua saya bawak balik dari kenduri jiran. Masa tu saya dalam pantang, jadi jiran bekalkan makanan untuk saya yang seorang diri di rumah. Kali pertama makan kuih tu.. Ya Allah serius rasa 5pcs pun tak cukup. saya minta mil tanyakan makcik tu resepinya.


Tak lama selepas tu makcik suami yang tinggal berhampiran pun buat. Ok, serius rasa jeles & tak sabar nak buat sendiri. Akhirnya berjaya jugak korek resepi dari makcik suami tu..hehe


Dan beberapa hari lepas, suami mengajak saya balik  ke rumah mak saya di Sg Tengi untuk menziarahi kakak ipar saya yang baru kuar wad selepas menjalani pembedahan. Pagi-pagi selepas subuh, dia meminta saya & mil buat kuih ni untuk dibawa ke rumah mak nanti.


Ok, ni resepinya:


LEPAT CENDOL

(anggaran 50 bungkus)

Ada setengah orang cakap tepung bungkus la dan macam2 nama lagi.


Bahan-bahan:


1 bungkus cendol (boleh agak2 nak banyak mana ikut citarasa)

1 cawan tepung jagung

4 cawan santan kelapa( tidak pekat & tidak cair)

4sudu gula

Secubit garam

Daun pisang (dipotong seperti bungkus lepat)


Cara-cara:


Masak santan, tepung jagung, garam, gula sehingga betul-betul masak. Pastikan ia dimasak sehigga pekat &  agak kilat. Semasa memasak, api hendaklah kecil & kacau laju-laju supaya ia tidak berketul.


Masukkan cendol dan teruskan mengacau sehingga cendol sebati.


Tutup api


Boleh bungkus seperti lepat. Boleh juga disimpan didalam bekas dadih kecil2 yang comel tu.


Simpan di dalam peti ais. Tak perlu dikukus atau dipanggang dsb. Bila dah sejuk masukkan terus dalam peti. Sedap dimakan semasa sejuk.


Sekian...



Selamat Mencuba!!

http://umminuma.blogspot.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.037945 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list