View: 3292|Reply: 4
|
Kenali 20 Tanda Apabila Lelaki Serius Cintakan Anda
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Sumber foto : www.wsj.com
Di awal percintaan, pastinya tidak dapat dielakkan perasaan ragu-ragu tentang sedalam manakah cinta teman lelaki anda terhadap diri anda.
Tidak salah jika kita meragui si dia diawal perkenalan, daripada terus seratus peratus mempercayainya dan hujung-hujung, kita tertipu. Mesti lagi kecewa tahap menonggeng kan. Jadi mari kita kenali ciri-ciri yang mesti ada pada teman lelaki yang benar-benar menyintai teman wanitanya.
Tips mengenali ciri-ciri teman lelaki yang serius dalam perhubungan ini dipetik dari Forum Tentang Cinta.
#1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
#2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
#3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
#4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
#5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
#6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
#7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
#8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
#9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
#10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
#11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
#12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
#13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
#14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
#15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
#16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
#17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
#18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan orang terhadap kamu.
#19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
#20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
Jika teman lelaki anda ada ciri-ciri diatas, usahlah ragu-ragu lagi kerana si dia sebenarnya sangat mencintai anda. Jagai lah teman lelaki seperti ini kerana di zaman sekarang, memang sukar hendak mencari lelaki yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam bercinta. Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu anda yang mungkin sedang dalam tanda tanya akan keikhlasan teman lelaki anda. - CARI Infonet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekiranya saya, kebanyakan penyataan itu betul. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ah...
skrg takde lg.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|