Manisan ini sesuai dihidangkanpanas-panas atau sejuk. Ia perlu disimpan didalam peti sejuk.
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 26 Mac 2014
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping sarang burung
- 10 -15 keping Paw Sam (herba Cina)
- 200gm gula batu
- 500ml air
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan herba Paw Sam dan sarang burung.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan ke dalam bekas tahan panas.
3. Setelah itu masukkan bekas tersebut ke dalam slow cooker selama empat jam.
4. Sedia dihidangkan.
majalahrasa
|