Isi ayam akan lebih enak jika diperap semalaman
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm dada ayam | dipotong dadu
- ½ cawan air
- 60 ml cuka
- 2 sudu besar kicap
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 ulas bawang putih | dicincang
- ½ sudu besar madu
- ½ sudu the serbuk cili
- 1 sudu teh lada hitam
- 2 biji bunga lawang
- 1 helai daun salam
- 1 sudu makan mentega
- Sedikit daun ketumbar cincang | hiasan
- Lidi sate secukupnya
CARA-CARA:
1. Dalam mangkuk yang besar, campurkan air, cuka, kicap, sos ikan, madu, serbuk cili, lada hitam, bunga lawang dan daun salam. Kacau rata.
2. Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk bancuhan tadi dan perap selama setengah jam.
3. Cucuk isi ayam menggunakan lidi sate sehingga habis. Jangan terlalu padat bagi mengelakkan isi ayam lambat masak.
4. Panaskan kuali leper dan cairkan mentega. Panggang kebab tadi sehingga masak.
5. Taburkan daun ketumbar dan kebab ayam sudah boleh dihidangkan.
FOTO: theironyou.com
RASA
|