Enak dihidangkan bersama aneka sos kegemaran
BAHAN-BAHAN:
- 5 keping tauhu
- 125gm isi ayam kisar
- 2 biji telur | dipukul kembang
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 1 tangkai daun sup
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Tauhu dihancurkan dan digaul bersama bahan hirisan.
2. Kemudian masukkan isi ayam dan garam. Gaul sebati.
3. Seterusnya, ambil tauhu mengikut saiz yang dikehendaki, bulat-bulatkan dan leper sedikit. Lakukan sehingga adunan tauhu habis.
4. Setelah itu, celup tauhu ke dalam adunan telur.
5. Akhir sekali, goreng tauhu sehingga kekuningan atau sehingga masak sempurna.
RASA
|