CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4705|Reply: 29

[Tempatan] Basikal boleh dibawa masuk dalam LRT

[Copy link]
Post time 7-9-2015 10:38 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Sebagai langkah ke arah bandar raya hijau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu menggalakkan penggunaan basikal dalam kalangan warga kota dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk yang membolehkan basikal dibawa ke dalam gerabak Transit Aliran Ringan (LRT).

Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL Datuk Mohd Najib Mohd berkata penyediaan kemudahan itu dengan kerjasama Prasarana Malaysia Bhd, melibatkan ruang gerabak khas untuk penunggang basikal lipat di dalam LRT manakala bagi penunggang basikal yang lain akan disediakan ruang penyimpanan basikal di setiap stesen.

"Bagaimanapun perancangan mengenai kebenaran membawa basikal ke dalam tren LRT melibatkan pengguna LRT di luar waktu puncak sahaja.

"Pada peringkat membangunkan pelan induk ini, tumpuan utama ialah 'the first miles connection' iaitu untuk menggalakkan masyarakat menggunakan basikal ke stesen-stesen LRT berhampiran kawasan perumahan mereka.
"Dengan adanya kemudahan yang bakal disediakan, saya harap agar seluruh warga kota memberi sokongan dengan beralih menggunakan basikal dan kemudahan awam ke tempat kerja, sekolah dan lain-lain tempat," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'Misi Prasarana Berbasikal Belanda ke Kuala Lumpur' di sini, Isnin.

Mohd Najib berkata perancangan itu akan dipertimbangkan secara lanjut oleh pihak Prasarana.

Antara kemudahan lain yang turut dalam perancangan termasuklah tempat persinggahan untuk menyalin pakaian dan laluan basikal yang lengkap dengan ciri keselamatan khas buat orang awam terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Beliau berkata antara laluan pengguna basikal yang akan dilaksanakan adalah dari Dataran Merdeka ke Mid Valley sejauh 5.5 kilometer, Wangsa Maju ke Taman Melati sepanjang empat kilometer dan lorong dari Wangsa Maju ke Taman Batu Muda, sejauh dua kilometer.

Katanya inisiatif dalam membangunkan infrastruktur dan kemudahan untuk penunggang basikal bagi tahun ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5 juta.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Prof Datuk Dr Naim Mohamad turut mencadangkan agar sekolah-sekolah dan komuniti penduduk untuk mewujudkan persatuan basikal bagi mendekatkan diri mereka dengan amalan berbasikal.

"Pendekatan ini dilihat menjadi platform terbaik dalam menarik minat dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk membantu dalam mengurangkan kesesakan dan mengamalkan gaya hidup sihat," cadangnya.

Dalam melestarikan hasrat itu, DBKL dengan kerjasama Kedutaan Belanda menganjurkan seminar 'Hop on, lah!' hari ini sebagai langkah untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran Belanda dalam merakyatkan masyarakatnya dengan penggunaan basikal.

Kemudahan gerabak khas untuk pengguna basikal sudahpun diaplikasikan di Belanda berikutan jumlah basikal lebih banyak berbanding jumlah penduduknya iaitu sebanyak 19 juta basikal berbanding 17 juta penduduk.
- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
naik basikal beriadah ptg2 bleh la. klo nk pi kerja naik basikal, bukan satu langkah bijak!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekeh. Nk tiru denmark dgn sweden la tu tp klau bawak masuk dlm lrt kat kl sgt pelik sbb faktor cuaca panas sgt. Tp sn winter pun dorang selamba badak je naik basikal gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
motip?
baek ko naek.lrt n.bas je trus
jalan kaki.juga elok.untuk.kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:10 PM | Show all posts
ni typical habits of londoners yup. depa bawa basikal yg racing bike tu atau yg boleh lipat tu...it is ok..it is good.juat pastikan pakai helmet and padding...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
katanya laluan basikal dataran merdeka - mid valley tu dah siap & boleh digunakan, tapi harammm aku tak tau kat celah mana letaknya

bila tengok nama pegawai dbkl tu, teringat plak kebengapan isteri bik mama masa dia diinterview dlm prog radio
bila dj tanya pengangkutan awam yg dia pernah naik, dgn konpidennya dia jawab basikal
apolah malang rakyat mesia dpt pm bingai ganda 2.6 billion mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2015 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cupin_cipin replied at 7-9-2015 11:38 PM
katanya laluan basikal dataran merdeka - mid valley tu dah siap & boleh digunakan, tapi harammm aku  ...

Dia mangsa keadaan...kesian dia





*dulu bikmama pernah ditanya interviewer buku apa dia baca...terus dia senaraikan judul-judul buku. Bila ditanya intipati salah sebuah buku yang dia baca, dia blank sekejap...dan jawab - actually it's Datuk who reads the books to me before I go to sleep... *pitam*
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cupin_cipin at 8-9-2015 12:08 AM
imransulaiman replied at 7-9-2015 11:50 PM
Dia mangsa keadaan...kesian dia




aku sedang membayangkan isteri bik mama dok terjelepuk kat tepi katil baca bed time stories utk bik mama sambil bik mama terbaring ala cleopatra, pakai pyjama ala mamasan sambil tangannya mengibas ngibas whip!

seram & ngeri dowh!
nyesal plk aku gi bayangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
cupin_cipin replied at 8-9-2015 12:06 AM
aku sedang membayangkan isteri bik mama dok terjelepuk kat tepi katil baca bed time stories utk  ...

Tak pepasal aku terjangkit membayangkan imajinasi ngko tu! Huuuuuuuu....!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:14 AM | Show all posts
ehhh ....opismate akak dah lama dah bawak basikal lipat dia naik lrt g keja...ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:20 AM | Show all posts
Cuaca suam suam sejuk kering boleh laa.
Kelompo ni.... dengan panas lagi humid tahap tertinggi harus berlenguih ketiak masuk opis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:22 AM | Show all posts
Yang naik moto cuma perlu labuhkan punggung dan pulas throttle jer pun masuk Kelompo..... pun buleh berlecak ketiak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 12:23 AM | Show all posts
dah lama kagum dngn budaya jepun..
tp bahaya bwk basikal d bandar2 KL ni
xde laluan khas
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:02 AM | Show all posts
aik.. sblm ni beskal xleh bawak masuk lrt ke?
elok je aku nampak mamat sorg ni bawak masuk beskal waktu puncak dlm lrt.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:25 AM | Show all posts
masalah bukan cuaca...

masalah sebab rakyat malaysia perangai bangsat guna laluan buat tempat parking kereta mereka.
Untuk orang yang mengamalkan gaya hidup sihat macam aku, memang boleh darah tinggi tengok pemandu gemuk bingai pemalas park kereta mereka sesuka hati di laluan basikal/kaki....

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 02:20 AM | Show all posts
ramai kawan ofis pengsan nanti bila berbasikal nak sampai ke ofis... tak perlu feeling2 negara sejuk lah...di negara2 eropah dan timur musim panas mereka macam duduk kat freser hill sejuknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2015 03:58 AM | Show all posts
Banyaknya alasan orang yang tak nak naik basikal ni kan. Ketiak lecak la, tak praktikal la. Padahal orang lain dah keliling dunia naik basikal, apa ada hal setakat KL tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 07:27 AM | Show all posts
Beli folding bike pastu cycling 5min ke opis..save bajet + bdn sehat
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk beriadah keluarkan peluh boleh la. Utk pergi kerja tidak la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 07:28 AM | Show all posts
artgeex replied at 8-9-2015 03:58 AM
Banyaknya alasan orang yang tak nak naik basikal ni kan. Ketiak lecak la, tak praktikal la. Padahal  ...

Ada je aku npk mat salleh cycling kat tgh kl tu..lecak gak ketiak tp dia peduli apa...haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049128 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list