CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2183|Reply: 0

Tip atasi ketiak gelap

[Copy link]
Post time 9-9-2015 11:33 AM | Show all posts |Read mode

        Apabila bercakap tentang isu ketiak gelap, pasti ramai si cantik yang mengeluh. Perkara ini boleh membuatkan kita hilang keyakinan diri, tidak selesa dan mendatangkan perasaan malu yang tak terkata. Namun semua ini boleh diatasi dengan beberapa tip mudah dan kali ini kita cuba cara tradisional.

        Apa yang kami tahu, ketiak akan berpotensi menjadi hitam jika tidak berhati-hati ketika mencukur, mencabut bulu ketiak, dan juga boleh disebabkan oleh kesan bahan kimia yang terkandung di dalam deodoran.

        Walaupun ia berada di tempat yang sulit dan tersembunyi, tetapi kesan gelap ini boleh mencacatkan penampilan, terutama mereka yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan. Bagi yang bertudung juga tidak terkecuali. Pasti anda tidak sanggup untuk melihatkan bahagian itu kepada teman-teman atau lebih segan lagi tertunjuk ia pada suami.

        Jadi bagi mereka yang sedang mengalami masalah ini atau ingin mengelak daripada terpaksa berhadapan dengan masalah ini, boleh mencuba beberapa tip yang kami sediakan ini. Sekali-skala cuba cara tradisional pun bagus juga. Paling penting kita perlu berusaha atasi masalah ketiak gelap.

        i)                    Perah sebiji limau dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak sehingga rata dan biarkan selama 10-15 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan secara berkala 3 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.
        ii)                   Buah betik mentah sememangnya kaya dengan vitamin C serta mengandungi bahan yang dapat mencerahkan kulit. Parut betik sehingga halus, dan letakkan pada kulit dan biarkan sekitar 15 minit. Seeloknya dilakukan selepas mandi ketika kulit masih segar dan bersih.
        iii)                 Selain daripada betik muda, bengkuang juga berpotensi memutihkan ketiak. Menggunakan cara yang sama, parutkan bengkuang dan letakkan pada kulit dan dibiarkan seketika sebelum dibilas.

        Mari kita cuba cara ini. Mudah-mudahan tiada lagi ketiak yang suram!

rapi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.233982 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list