Jangan bakar terlalu lama kerana takut epal menjadi terlalu lembik.
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji epal bersaiz besar
- 8 sudu makan keju cottage
- 4 sudu makan gula perang
- 3 sudu makan walnat cincang
- 4 sudu makan madu
- 1 sudu makan serbuk kayu manis
- Sedikit minyak masak Family Choice
CARA-CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pembakar terlebih dahulu hingga sekitar 180˚C.
- Masukkan kismis dalam satu mangkuk kecil. Tuang air panas dan biarkan ia selama 15-20 minit atau sehingga ia kembang. Tapis air dan ketepikan.
- Potong sedikit bahagian atas buah epal dalam anggaran 1 inci. Lakukan hati-hati dengan menggunakan pisau kecil yang tajam. Kemudian gunakan sudu untuk mengeluarkan semua isi epal.
- Di dalam satu bekas lain, masukkan keju cottage, gula, kacang, isi epal dan kismis yang telah dibiarkan kembang tadi. Gaul rata menjadi satu adunan (untuk inti).
- Kemudian ambil dulang pembakar bersaiz 8 x 8 inci. Sapukan sedikit minyak Family Choice di atas permukaan dulang dan masukkan buah epal dan isikan setiap epal dengan campuran yang telah diadun tadi.
- Kemudian tabur dengan serbuk kayu manis dan sedikit madu di atasnya.
- Masukkan ke dalam ketuhar pembakar dan bakar antara 30-35 minit hingga epal lembut. Setelah itu keluarkan daripada ketuhar dan siram epal dengan limpahan jus yang ada di dalam dulang.
- Sediakan dihidangkan.
rasa
|