CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2705|Reply: 1

6 'Bisa' Mayonis Untuk Kecantikan

[Copy link]
Post time 14-9-2015 01:08 PM | Show all posts |Read mode


Bukan hanya sedap untuk sajian tetapi terbukti mayonis cukup bagus kecantikan kulit. bahan yang terkandung dalam mayonis mempunyai campuran telur dan juga minyak zaitun. Jom kita bongkar beberapa rahsia mayonis...
       
       
        1. Lembapkan kulit semula jadi
        Kandungan telur dan minyak yang sangat banyak membantu melembabkan sel kulit yang kering dan nampak lebih awet muda. Bolehlah sapu mayonis di kulit wajah sebelum tidur malam ini, jimat tu!
       
       
        2. Rambut anda jadi lurus dan sihat
        Bukan hanya baik untuk kulit, mayonis membantu merawat rambut kering dan kasar. Kandungan dalam mayonis akan membuatkan rambut lebih terurus dan bebas daripada masalah rambut bercabang.
       
       
        3. Rawat kulit kasar di lutut
        Mayonis membantu hilangkan kulit kasar di lutut. Sapukan mayonis di bahagian bermasalah dengan lembut, ini akan menghilangkan sel kulit mati dan hasilnya kulit anda jadi lebih lembut.
       
       
        4. Masalah kulit terbakar
        Mayonis juga boleh digunakan untuk hapuskan kesan kulit terbakar akibat pancaran matahari yang terlalu lama. Selain itu mayonis juga membantu kulit yang mengalami iritasi dan panas.
       
       
        5. Hilangkan kelemumur
        Macam-macam dah guna tetapi kelemumur tetap ada. Jangan risau, anda boleh gunakan mayonis dengan sapu di kulit kepala dan biarkan beberapa minit sebelum bilas dengan air bersih.
       
       
        6. Kulit jadi halus tanpa masalah
        Sel kulit mati juga akan hilang jika anda selalu sapu mayonis di kulit wajah. Sapu dan biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air dan tepuk di wajah lembut. Ini akan membuatkan kulit jadi lebih lembut dan halus.

        Wanita, nampak tak begitu bagus mayonis untuk dunia kecantikan? Apa lagi, cepatlah cuba jika mahu tengok hasilnya!

mingguanwanita




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 10:47 AM | Show all posts
Jom cuba.... bahan yang mudah dan murah untuk dicuba tiada masalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.056990 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list