View: 1696|Reply: 0
|
Anak Susah Tidur Malam?
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak yang berumur dua tahun cuba mematuhi arahan anda sehingga memaksa dia berperang untuk tidur. Sebenarnya dia tidak mahu meninggalkan aktiviti sebelum tidur yang dirasakan sangat menarik. Jadi sebagai ibu bapa anda perlu memainkan peranan utama.
Anak biasanya mengalami kekeliruan setiap kali tiba waktu untuk tidur. Dengan menetapkan peraturan dan rutin sebelum tidur anda juga boleh mengajar mereka tabiat tidur yang baik yang tentu sahaja membantu anda memudahkan mereka tidur.
Paling penting, anda perlu mewujudkan kebiasaan atau rutin setiap kali tibanya waktu tidur. Secara tidak langsung, anda dapat menggalakkan tabiat tidur yang baik kepada anak. Sementara anak lena, anda boleh bacakan koleksi buku cerita sebelum tidur.
Antara panduan lain yang boleh anda amalkan ialah dengan menggalakkan dia menggosok gigi apabila tiba waktu tidur. Dengan itu, dia akan faham bahawa waktu tidur sudah tiba.
Anak juga tidak perlu tidur berasingan daripada anda. Dengan adanya orang lain di sisi ketika dia tidur, dia dapat tidur dengan lebih lena.
Sehubungan dengan itu, setiap kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang berbeza. Namun anak anda yang berusia dua tahun memerlukan 13 jam waktu tidur dalam sehari. Kebiasaannya, anak akan tidur antara 11 hingga 12 jam di waktu malam dan tidur petang sekali selama satu atau dua jam sehari.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|