View: 15364|Reply: 118
|
[Politik]
Nasib Staff Poslaju,Di Halau Oleh Kaki Tangan bank
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 18-9-2015 12:11 AM
Nasib Staff Poslaju,Di Halau Macam Anjing Oleh Kaki Tangan bank
Seorang kakitangan Poslaju bernama Tom Yana telah meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook di mana dia melahirkan rasa kecewa dengan Amb**k Yap Kwan Seng selepas telah dihalau oleh pihak pengawal keselamatan.
Menurutnya semasa hendak menghantar barang-barang kakitangan bank berkenaan, pekerja bahagian bilik surat bank berkenaan dikatakan tidak mahu mengambil barang-barang peribadi milik kakitangan mereka kerana ia arahan dari pihak atasan.
Jadi beliau berkata ambil kisah sangat dan terpaksa menghantarnya satu persatu disetiap bagunan tinggi tersebut.
Semasa sedang menyusun barang dilobi bank berkenaan tiba-tiba datang seorang pengawal keselamatan menghalau saya untuk buat kerja diluar bagunan tersebut.
"Boss tak bagi buat dalam ini sebab semak. Nanti orang-orang luar, kakitangan Amb**k serta boss-boss di sini nampak tempat ini bersepah. Tak elok," kata pengawal keselamatan tersebut kepada beliau.
"Kami Kurier Poslaju dihalau macam anjing. Kami buat kerja untuk siapa? Staff kau orang punya barang personal. Aku fikir, aku bekerja untuk logo tertera pada baju uniform ini saja."katanya yang nyata kesal dengan tindakan pengawal keselamatan berkenaan.
Beliau dalam pada itu berkata "Staff Amb**k Yap Kwan Seng, please take note! Bos anda tidak mahu barang anda dihantar ke pejabat anda sejak minggu lepas... salam" tulisnya mengambarkan kata-kata yang digunakan semasa menghubungi setiap kakitangan bank tersebut untuk memaklumkan penghataran barang mereka.
Dia meluahkan terpaksa menghubungi mereka menggunakan telefon sendiri yang telah kehabisan bateri walaupun belum selesai menelefon semua mereka. Namun ceritanya nasib ada seorang hamba Allah, iaitu seorang Despatch memberi dia pinjam telefon sekejap untuk menghubungi baki kakitangan bank yang lain yang semuanya berjumlah 40 item perlu dihantar.
Bagaimanapun luahan beliau tidak tamat disitu saja apabila ia terus berlarutan dibahagian komen status berkenaan.
Menurut Tom, bukan sifatnya melakukan kerja macam sesetengah kakitangan Poslaju lain untuk menangguhkan perhantaran barang keseokan harinya.
"Kita bising-bising pagi-pagi, kita kasi habiskan. Bukan macam yang lain diam-diam bawa balik. Kalau saya tak ada hati perut, pergi 'mam' sama budak baru, tak habis hantar, pandai-pandai buat esok. Saya tak sampai hati," katanya.
Beliau juga dalam komen dengan rakan-rakannya memberitahu bahawa ini bukan cara dia bekerja.
"Sorry aku cakap yang aku tak suka kerja macam itu, 5 tahun aku bekerja inilah kali pertama aku dihalau."
" Staff bahagian bilik surat tidak bersalah, pekerja Ambank lain pun tidak bersalah, tapi aku rasa terkilan dengan pengawal keselamatan bank itu." luahnya yang nyata kecewa diperlakukan sedemikian. - Siakapkeli.my
|
|
|
|
|
|
|
|
sopping online letewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti kes staf byk courier brg guna alamat opis pastu kantoi dgn bos |
|
|
|
|
|
|
|
pak guard ni kekadang yang melebih
teringat pulak aku kat kisah mak guard poyo masa belajar kat uni dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
aiii susah benor la nak htr surat....staff kan dari pagi sampai ptg duk dlm office, takkan nak suruh org pos laju campak brg kat depan rumah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
mak guard mmg poyo... masa aku study dulu pon gitu... dia lebih dr lecturer.... tp kat opiss lama aku lak PA pengarah aku karek giler.. dia yg tak nak terima semua tu... dia kata tambah keje dia... tp bila dia yg bli on9 boleh pulak... haha... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya adik nih... teruskan sifat jujur dan amanah tu dik... insyaallah semoga adik mendapat ganjaran yang setimpal dan rezeki yang melimpah ruah lepas ni... alhamdullillah selama berurusan dgn staf2 poslaju ni dorang sgt jujur n baikhati... sanggup call kalo kaka tak der kat rumah... siap tanya dulu barang nak bagi kat jiran ke nak amik kat pusat mel ke @ nak tunggu kat mana2 laluan... gudjob poslaju... perkhidmatan terbaekkk... |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang kita terlalu bangga ngan jawatan kita..walhal bukan boss pun...macai je sebenarnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
pekerja bahagian bilik surat bank berkenaan dikatakan tidak mahu mengambil barang-barang peribadi milik kakitangan mereka kerana ia arahan dari pihak atasan.?????
betul ka ni ????
|
|
|
|
|
|
|
|
Staff Ambank memang sombong. Receptionist jwab call pun berlagak |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya tengok abg pos ni..bertabah lah bang
Security guard memang ramai yang poyo2..mentang2 pakai uniform |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau di ofis aku, biasanya diaorg akan call dan aku akan turun ke lobi untuk pickup. Tak perlu dia untuk naik. |
|
|
|
|
|
|
|
Guard ni kdg2 menyampah lebih2.kdg2 undang2 biasa je,xketat mana.dia yg nk over2. Mcm kat u dulu lah,disuruhny menapak tukar baju balik kat hostel sbb katanya pakai ketat.padahal baju budak lain lg lah.dia tindik hidung aku xkisah pulak,mmg mendapat kad terbang lah dr aku |
|
|
|
|
|
|
|
"Boss tak bagi buat dalam ini sebab semak. Nanti orang-orang luar, kakitangan Amb**k serta boss-boss di sini nampak tempat ini bersepah. Tak elok," kata pengawal keselamatan tersebut kepada beliau.
tak nampak mcm kena halau mcm anjing pun... |
|
|
|
|
|
|
|
kes biasa pe kena sound ngan pak guard... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat my doter kena tegur masa mkn dkt foodcourt di area Pasir Ris Pulau ujung. Dia bawa makanan sendiri dan dia mmg tak perasan signboard 'no outside food allowed' tgh sedap mkn buka bekal dtg seorg kakitgn tegur dia. So my doter pun terus tutup makanan nak beeredar, but org tu ckp dgn lembut tak perlu berhenti mkn, mkn je terus cuma dia ingatkan lain kali jgn buat lagi. Ckp pun berhemah sambil pegang bahu.. Budi bahasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang tak boleh ke pakai alamat office?
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke staf AmBank yang oder rendang Diva AA hantar guna Poslaju? |
|
|
|
|
|
|
| |
|