View: 1487|Reply: 0
|
Jangan Lupa Ujian Pap Smear
[Copy link]
|
|
Masih ingat lagi tak pesanan daripada doktor sakit puan dan jururawat sebaik mama hendak keluar dari hospital selepas melahirkan bayi. Doktor mengingatkan ibu yang baharu melahirkan bayi untuk membuat pemeriksaan Pap Smear selepas enam minggu melahirkan bayi.
Sudahkah mama semua melakukan ujian Pap Smear? Kebanyakan wanita selepas bergelar ibu berasa fobia untuk datang semula ke hospital bagi melakukan pemeriksaan Pap Smear. Ada yang sengaja buat lupa mengenai janji temu tersebut dan lebih ramai yang terlupa akibat terlalu sibuk menguruskan bayi baharu.
Tetapi sebelum itu mama perlu mengetahui apakah itu ujian Pap Smear? Pap Smear adalah suatu ujian untuk memeriksa kesihatan serviks. Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
Mama tidak perlu takut untuk menjalani pemeriksaan ini kerana ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja tanpa memerlukan ubat atau bius. Hanya sedikit sahaja sel diambil dari servis dan dihantar ke makmal untuk kajian.
Wanita yang berusia antara 20 hingga 65 tahun dan mereka yang pernah atau aktif melakukan hubungan seksual digalakkan menjalani ujian ini setiap tahun selama dua tahun. Sekiranya keputusan diperoleh adalah negatif, anda digalakkan mengulang ujian setiap tiga tahun sekali.
Biasanya keputusan pemeriksaan boleh diperoleh antara masa tiga minggu hingga tiga bulan bergantung kepada di mana anda melakukan ujian tersebut. Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luar biasa atau masalah dikesan. Sementara keputusan yang luar biasa bermakna, anda perlu berunding dengan doktor yang memeriksa untuk rawatan selanjutnya.
Jadi, tunggu apa lagi. Jom buat ujian Pap Smear mama!
pama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|