BAHAN-BAHAN:
- 500gm krim keju
- 200gm gula kastor
- 2 sudu teh jus lemon
- 3 biji telur
- 160ml air
BAHAN LAPISAN BAWAH KEK:
- 3 sudu makan mentega
- 300gm biskut oreo | dihancurkan
CARA MEMASAK:
1. Untuk lapisan bawah kek, cairkan mentega di dalam periuk dan masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan. Gaul rata. 2. Kemudian, masukkan adunan oreo tadi ke dalam mangkuk ramekin dan tekan sehingga menjadi satu lapisan yang padat. Ketepikan. 3. Untuk kek, pukul keju dan gula kastor sehingga kembang, masukkan telur satu demi satu dan teruskan memukul hingga sebati. 4. Masukan jus lemon dan air, gaul sehingga sekata. Tuang adunan ke dalam mangkuk ramekin tadi. 5. Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C dan bakar selama 30 minit atau hingga masak. 6. Setelah siap dibakar, sejukkan dan hiaskan mengikut kreativiti anda.
FOTO: tumblr.com
-rasa-
|