View: 1992|Reply: 0
|
Tradisi: Gulai Daging Bumbang Nyior
[Copy link]
|
|
Sekali sekala memasak daging dengan masakan lain pastinya memberikan kejutan kepada ahli keluarga. Anda patut mencuba Gulai Daging Bumbang Nyior yang mempunyai gabungan rasa yang lengkap untuk dinikmati bersama nasi putih mahupun nasi minyak. Sajian ini sesuai disediakan untuk tengahari mahupun malam. Untuk mencuba resepi, Dapatkan bahan-bahan resepi yang telah tertera seperti di bawah.
Bahan-bahannya:
1 kg daging batang pinang
50 gram bawang merah }
50 gram bawang putih } dikisar
10 gram halia
10 gram lengkuas
20 gram cili kering
50 gram rempah kari daging
1 batang kulit kayu manis
5 gram buah pelaga
5 gram bunga cengkih
1 keping asam keping
1 tangkai daun kari
1/2 biji bumbang kelapa muda
(direbus dan dihiris nipis)
1 biji santan kelapa
Minyak secukupnya
Cara membuatnya:
- Goreng kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang tanpa minyak.
- Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan yang digoreng tanpa minyak tadi sehingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar, rempah kari daging dan daun kari. Tumis sehingga garing.
- Masukkan daging, kacau sehingga sebati bersama campuran rempah tadi.
- Kemudian, masukkan santan dan biarkandaging menjadi empuk.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa berserta bumbang kelapa yang telah direbus tadi.
- Reneh dengan api yang perlahan dan gulai menjadi pekat.
- Sedia dihidangkan.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|