CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1666|Reply: 3

Jadilah Jantan Yang ringan Tulang Oii...hahaha

[Copy link]
Post time 6-10-2015 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Ringan Tulang. Mana-mana wanita pasti rasa bersyukur dan beruntung jika memiliki suami yang ringan tulang!


Jadi, bagi anda lelaki yang belum berkahwin ataupun sudah berkahwin,cubalah bersikap ringan tulang kepada bakal isteri ataupun isteri anda. Jika selama ini anda liat untuk melakukan tugasan mengurus rumahtangga, mungkin sudah tiba masanya untuk anda cuba meringinkan kerja-kerja wanita yang bergelar isteri ini.



Berikut beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk meringinkan tugasan harian isteri anda.



1. Mengemas Tempat Tidur

Setiapkali bangun tidur pada setiap pagi, cubalah ringan tulang untuk mengemas tempat tidur. Kali pertama melakukannya sudah pasti anda akan terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh isteri anda.



2. Membersihkan Bilik Air

Bilik air adalah tempat yang perlu dibersihkan selalu supaya anda dan isteri tidak berasa jijik untuk menjejakinya.Jika tugas membersihkan bilik air itu digalas oleh isteri anda, ada baiknya anda mengambil alih tugas tersebut.



3. Letak Pakaian Kotor Dalam Bakul Cucian

Cuba letak segala pakaian kotor anda di dalam bakul cucian, dan bukannya di lantai, di sepah merata, di sidai di kerusi makan dan sebagainya. Lagi bagus, jika anda ambil semua pakaian kotor yang ada dan terus dicuci menggunakan mesin basuh.Setelah siap, tolong jemur sekali ya!



4. Buang Sisa Makanan Ke Dalam Tong Sampah

Jika anda berniat untuk membantu isteri anda untuk mencuci pinggan mangkuk selepas menikmati hidangan, buang segala sisa makanan ke dalam tong sampah terlebih dahulu.Agar sinki tidak tersumbat di kemudian hari. Jika anda malas untuk mencucinya, anda boleh cuba ringankan tulang untuk membantu isteri menyimpan pinggan mangkuk yang sudah siap dicuci dan dibilas di tempat yang sepatutnya.



5. Bantu Isteri Di Dapur

Sesekali cubalah buat kejutan buat isteri anda walaupun anda tahu tugas memasak adalah umumnya di lakukan oleh seorang wanita.Jika tidak pandai memasak, cubalah bantu isteri di dapur sudah pasti ia akan membuatkan hubungan anda suami isteri menjadi lebih mesra dan bahagia.

-WOM.MY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 11:22 AM | Show all posts
antara semua kat atas.. no 3 je kadg2 laki aku buat.. yg lain harap maklum la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 05:23 PM | Show all posts
yg no.5 tu jarang skit aku tolong..stakat yg lain tu biasa je aku buat..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 03:50 PM | Show all posts
Setiap hari 2, 3, 4 & 5. No 1 kadang2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.086818 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list