CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3806|Reply: 4

Resepi kuih raya & biskut raya tradisional yg Mudah dan Sedap

[Copy link]
Post time 6-10-2015 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Beberapa hari lepas, tercari-cari resepi kuih raya tradisional atau biskut raya tradisional yang paling mudah dan best. Mula-mula ingat nak bagi resepi kuih raya kegemaran saya iaitu dahan patah. Tapi banyak pula step-step membuatnya. Selak punya selak buku resepi mak saya, terjumpa resepi biskut raya oat. Memang mudah membuatnya. Empat bahan sahaja yang diperlukan. Rasanya pun boleh tahan.
Mak kata resepi kuih raya tu dia belajar masa umur saya 5 tahun dengan kawannya. Kira resepi tradisional lah ini. Biasanya kuih & biskut raya tradisional ini, rupanya tak menawan tapi rasanya memang best. Asalnya resepi kuih raya ini menggunakan sukatan atau timbangan tin quaker oat. Mana nak jumpa tin quaker oat lagi. So saya convert la timbangannya kepada gm, agak-agak je . Ok jom belajar membuat biskut oat.

Bahan-Bahan Diperlukan

1. 150gm Oat Segera
2. 200gm Minyak Sapi
3. 100gm Gula Halus
4. 200gm Tepung Gandum

Cara Membuatnya

Langkah 1: Timbang keempat-empat bahan-bahan diatas dan gaul di dalam bekas. Anda boleh mengaulnya dengan meramas-ramas atau menekan-nekannya sehingga adunan oat sebati. Biasanya kita perlu tambah sedikit minyak sapi atau tepung mengikut adunan kerana kualiti minyak sapi berbeza.
Langkah 2: Setelah adunan sebati, ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tapak tangan. Seterusnya bulatkannya dengan memusing-musingkan kedua-dua tapak tangan
Langkah 3: Kemudian letakkan biskut oat di atas dulang pembakar. (Sapukan terlebih dahulu marjerin pada dulang pembakar). Seterusnya sapukan kuning telur di atas biskut oat menggunakan brush.
Langkah 4: Kemudian panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180c dan bakar biskut oat selama 10-15 minit. Cara untuk mengetahui biskut telah masak ialah dengan melihat pada bahagian bawah biskut. Kalau warna bahagian bawahnya dah brown atau coklat, dah masaklah. Ketika panas, biskut oat ini agak rapuh sedikit. Anda perlu tunggu sehingga ia sejuk barulah ia lebih keras dan boleh dimakan.
Tambahan: Boleh juga hiaskan bahagian atasnya dengan color bubble, color rice atau sebagainya. Boleh juga gelek doh biskut oat dan tekap menggunakan acuan yang menarik. Atau boleh juga gantikan oat segera dengan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan dikisar. Tentu lebih sedap. Mudah bukan membuatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 03:52 PM | Show all posts
ko nk smbut deepavali ke sis?

mohon @spiderman80 humban ke bod makanan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya biskutt.. Tp salah board la dek..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 03:53 PM | Show all posts
hai lah....multinick sapa plak nih....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 04:22 PM | Show all posts
+1 satu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.229189 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list