CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8462|Reply: 50

[Tempatan] Trending Kulit Bebas Cela Secantik Porselin Guna Lendir Siput Babi?

[Copy link]
Post time 13-10-2015 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Kulit Cantik, Bebas Cela Dengan Terapi Lendir Siput Babi                                Oct 13, 2015                18



1Shares


WANITA dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, maka tidak hairanlah jika mereka sanggup melalui pengalaman ‘mengerikan’ semata-mata untuk cantik.
Jika suntikan Botox dan kolagen sudah menjadi perkara biasa, kini kita perkenalkan yang ‘luar biasa’– terapi lendir siput babi.
Walaupun satu konsep yang masih baru di Malaysia, namun terapi lendir siput babi ini sebenarnya sangat popular di Thailand, Korea dan Jepun.
Snail Spa di Chiang Mai,Thailand, yang diusahakan oleh dua orang lelaki warga Perancis, menyediakan perkhidmatan kecantikan yang menggunakan siput babi secara eksklusif.
Menurut salah seorang pemiliknya, Luc Champeyroux, lendir siput babi atau nama saintifiknya, helix aspersa müller glycoconjugates, sememangnya mempunyai kebaikan semulajadi dan kandungan antioksidan tinggi yang mampu menghaluskan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah.
Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut turut mengandungi asid glaikolik dan elastin. Selain daripada itu, anatomi serangga itu sendiri yang mempunyai 14,000 gigi mikroskopik dapat memberikan efek terapeutik apabila dibiarkan menjalar dan ‘mengurut’ kulit wajah manusia.
Selain daripada menggunakan lendir siput babi secara mentah, Champeyroux turut memperkenalkan produk kecantikan Coquille, yang diformulasikan khas untuk mengurangkan rengsa kulit wajah selain daripada anti-penuaan dan parut jerawat.
Namun, kesan rawatan lendir siput babi ini bukanlah ‘ekspres’ dan segera. Anda perlu melakukan beberapa siri rawatan facial tersebut di salon selama beberapa kali beserta penggunaan produk yang mempunyai enzim siput babi itu sebelum kesan positif dapat dilihat.
Tapi jangan guna sebarang siput pula, kerana spesis yang digunakan bagi tujuan kecantikan ini bukanlah jenis yang biasa merosakkan tanaman di kebun kita tu ya!
Untuk memastikan bekalan lendir siputnya berterusan, Champeyroux telah membawa masuk 100 ekor siput babi spesis Helix aspersa daripada Perancis untuk dibiakkan bagi tujuan komersial tahun lalu dan kini, koloni gastropod itu telah mencecah 30,000 ekor.
“Kami hanya memberi makanan yang terbaik pada koloni siput babi kami– lobak merah bebas-kimia, kobis dan daun lidah buaya yang ditanam di kebun organik,” kata Champeyroux, menutup perbualan.-MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 01:53 PM | Show all posts
euwww...cuba mbayangkan siput bgerak perlahan2 merayap kat muka!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 01:54 PM | Show all posts
aku geliiiiiii..
boleh pulakk bagi menatang tu dok merayap atas muka..
euwww..
nasib baik bukan siput babi,
kalu tidak boleh kutip buat bisnes..
hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 01:56 PM | Show all posts
trend skarang... bio essence, nature republic, tony moly tgah pemes dgan produk lendir siput ni.. disebabkan iols muda lg xde kedut so x penah la mencuba... bleh tahan mahal satu bekas dlm rm199.. depend pd concentration mucus siput tu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
berlambak kan
nanti time siput gondang mwmbiak kat sawah
.pegi la.amek..banyak gila..
buat satu badan pon bolehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
lendir siput ni
ada je org buat krim muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2015 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik guna sumber protien asli..free je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 02:50 PM | Show all posts
aku tengah cuci pinggan, ada siput mrayap kat rak pinggan, punya lah aku geli sudahnya aku buang rak tu. ini kan plak nak tepek kat muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
..babi punya siput  
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 02:52 PM | Show all posts
euwww...                     
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 02:56 PM | Show all posts
Benda ni dah lama dah , kat korea kebanyakan serum dari snail.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Percaya la..ramai ummah kita sanggup buat demi cantik
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
yeke ilang kedut. aku tengok sipot babi tu pun badan dia berkedut2 juga. nanti la cuba letak kat bulldog ilang xkedut2 tu. animal testing la katakan.

aku suka main sipot babi tempatan.kalo pas ujan aku susun sekor2 buat race. kalo yg jenis sipot yg sedar aku tgh organize race, punyala laju dan gigih dia merayap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2015 03:21 PM | Show all posts
Kan ada jual krim siput babi siam punya kotak kaler putih
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:23 PM | Show all posts
Eiiiiyewwww... gelii ahhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 03:30 PM | Show all posts
geli bole tak lendir dia tu. . ssh nak ilang kalau terpijak . . eyek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 03:48 PM | Show all posts
yg ni rupa lain... x jijik sgt cm yg slalu jupa tu..
yg biasa kt msia ni, i benci, slalu klu jupa i tabur garam kasar bg mampus..
paling jijik klu terjumpa yg tgh wat projek tu... eeeuuuwww
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pakai snail cream, slalu pesan dr org gi korea la... Ramai kata kulit muka aku cantik
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 13-10-2015 03:48 PM
yg ni rupa lain... x jijik sgt cm yg slalu jupa tu..
yg biasa kt msia ni, i benci, slalu klu jupa i ...

Dl kecik2 pun suka buat camni just 4 fun
Skrg ni aku bunuh pasal mkn pokok bunga aku
Tp kalau nak boh kat muka , thanks but no thanks
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 07:29 AM | Show all posts
Edited by mak_wa95 at 14-10-2015 07:31 AM

demi utk cantik..

tapi xsanggup teman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.078723 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list