View: 18650|Reply: 59
|
THE REAL STORY OF GELIGA.. IS THIS JUST THE BEGINNING? NI APA CERITA NI WEI
[Copy link]
|
|
PENDAHULUAN
Salam untuk semua. Aku bukanlah seorang pencerita yang baik. Tetapi akan aku cuba coretkan sebaik mungkin supaya kisah ini menjadi satu cerita yang menarik untuk dibaca kalian. Nama aku di dalam cerita ini - johnlabi, umur aku pada tahun ini, 2015 adalah dalam lingkungan awal 30-an. Ketika ini aku berada di sekitar Lembah Klang. Ia, seperti kalian aku juga meneruskan hidup sebagaimana janji-janji yang telah dibuat sebelum dihantar ke dunia.
Sebelum itu, suka aku ingatkan bahawa kisah ini bukan dipetik dari mana-mana buku, mana-mana cerita penglipur lara, hikayat, mana-mana novel picisan atau dari mana-mana sumber internet sekalipun. Cerita ini diolah berdasarkan perjalanan hidup sebenar aku – johnlabi. Namun begitu, aku akui cerita ini tidak boleh lari dari penggunaan nama samaran dan juga struktur ayat supaya ianya tampak lebih tersusun dan senang dibaca.
|
|
|
|
|
|
|
|
Menunggu jalan cerita seterusnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
BAIKLAH DOKTOR
Kipas siling di dalam bilik penginapan di Universiti Utara Malaysia (UUM) seperti malas berputar. Perlahan-lahan ia menyebarkan angin ke seluruh bilik pada petang hari Khamis, pertengahan Ogos 2015. Pada aku, kipas siling itu bukan satu masalah, biarlah putarannya sebegitu. Keletihan barangkali setelah berhempas pulas memberi perkhidmatan kepada mahasiswa sepanjang semester. Aku hanya menumpang selama seminggu disana untuk mengikuti kejohanan sukan yang dianjurkan majikanku di sana.
Putarannya langsung tidak membantu mengurangkan kesakitan yang aku alami pada salah satu tisu mulut di bawah lidah. Sakitnya tidak boleh digambarkan. Sakit, sangat sakit. Aku pernah juga mengalami sakit gigi sebelum ini. Sakitnya memanglah sakit. Tetapi kesakitan pada tisu mulut ini melebihi sakit gigi berganda-ganda.
Sakit ini bermula semasa hari kedua aku disana. Mungkin tisu tersebut sensitif dengan garam dan pedas. Akibat kesakitan itu, sedikit demi sedikit tisu mulut aku mula membengkak. Rentetan daripada itu, aku mula mengalami masalah untuk mengunyah makanan. Hanya minum air sahaja. Perbualan juga tidak lagi rancak seperti biasa, lebih banyak mendiamkan diri. Keadaan ini berterusan sehingga kami pulang ke Lembah Klang pada awal pagi ahad pertengahan Ogos 2015.
Esok paginya aku ke klinik dan dimaklumkan oleh doktor yang bertugas bahawa tisu mulut aku dijangkiti kuman. Katanya sakit ini adalah biasa dan cukup sekadar diberi ubat-ubatan seperti PCM untuk melegakan kesakitan, antibiotik untuk membasmi kuman dan dinasihatkan supaya minum lebih banyak air kosong. Aku hanya anggukkan kepala sahaja “baiklah doktor”.
Pada masa ini, percakapan aku tidak lagi seperti kebiasaannya, bersusah payah mengeluarkan butir-butir percakapan supaya jelas dan mudah difahami. Lidah aku terus membengkak dan keras. Tidak boleh dilentur dan digerakkan seperti biasa. Makanan yang boleh ditelan hanya susu dicampur oat/nestum.
Ubat yang ku telan semacam tiada kesan. PCM yang dikatakan boleh mengurangkan sakit tidak berkesan. Antibiotik yang dikatakan boleh menyurutkan bengkak pada tisu mulut aku juga tidak berkesan. Sudahnya kesakitan itu reda apabila aku terlelap dengan sendirinya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
errr ni kisah hantu ke kisah medical?
mohon sambung en tuan tanah tak baik sekerat2..
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah hantu bukan medical pun bukan.....hahaha
Malasnye nak sambung...belanja gamba ajelah dulu..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
PAK LONG
Masa berlalu terlalu perlahan, seolah-olah sengaja mahu memberi ruang secukupnya untuk aku terus menikmati rasa sakit yang tidak terhingga itu. Aku hanya terlantar di ruang tamu menunggu matahari melabuhkan tirainya. Panggilan masuk atas urusan kerja tidak aku pedulikan. Biarlah. Nanti akan aku hantarkan teks pesanan kepada mereka memaklumkan keadaanku.
Semenjak pulang dari utara pada hari Ahad, kemudian menginjak ke hari Isnin iaitu hari aku berjumpa doktor dan kini Selasa, masih tiada perubahan positif. Aku masih tidak ke pejabat. Setia melayan kunjungan sakit yang datang bertamu dalam mulutku. Mana tahu “sakit” itu sudah selesa disitu dan tidak mahu menjauh.
Malam itu, isteriku menghubungi ayah saudaranya yang kami gelarkan Pak Long untuk minta pandangan dan bantuan. Pak Long lalu bertanyakan beberapa soalan ringkas sebagai mukadimah. Perbualan itu dapat didengar jelas kerana mod percakapan telefon ditetapkan kepada mod pembesaran suara.
“Ini bukan kali pertama dia sakit ni kan?”, tanya Pak Long.
Isteriku menoleh lalu aku anggukkan kepala. “Aah”, jawab isteriku.
“Kalau tak silap aku ini kali ketiga dah ni”, tambah Pak Long lagi.
“Takpe, kau talipon semula lagi 5 minit”, pesan Pak Long lalu isteriku memutuskan panggilan.
Tepat 5 minit masa yang diberi, jari-jemari isteriku deras mendail nombor telefon Pak Long. Aku cuma memerhati tindak tanduk isteriku. Sebelah tangannya memegang telefon, manakala sebelah lagi memegang sebotol air minuman. Lantas telefon dihalakan pada botol air minuman yang telah siap dibuka.
“Ko suruh dia minum air tu sekarang”, kata Pak Long kepada isteriku.
“Dah minum?”, Tanya beliau lagi. “Dah Pak Long”, balas isteriku.
“Sakit lagi tak?”, Pak Long memperhebatkan pertanyaannya.
“Lidah dah tak bengkak, dah boleh gerak. Tapi bengkak kat bawah mulut tak surut lagi”, balas isteriku.
Atas arahan Pak Long sekali lagi telefon didekatkan ke botol air minuman tadi. Dan proses tersebut berulang sehinggalah beliau puas hati dan kesakitan yang aku alami hilang semuanya.
“Minum air tu sampai habis”, pesan Pak Long sebelum talian ditamatkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rujuk tajuk..Aku pun mulanya tak tau benda apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku syak ni gambar tisu mulut dia yg sakit tu...eh ye ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
den syak itu gambar geliga tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo...ingatkan gigi tercabuttt... Hantu gigiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
macam bentuk gigi jek....
misteri belum terungkai lagi..
teruskan TT
|
|
|
|
|
|
|
|
aiik...dh abih ka....waduh.....sambung biar abih bang....potong stim bila tbantut ini macam..haha |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 tak paham tajuk dgn cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
Amende ni |
|
|
|
|
|
|
|
BUKAN KALI PERTAMA
Kaki ku melangkah laju menuju ke lobi lif untuk ke tingkat 25 bangunan pejabat tempatku bertugas. Sesudah menyentuh kad perakam waktu di pintu masuk di tingkat 25, aku bergegas masuk. Beberapa orang rakan sekerja menanyakan perihal kesihatanku. Aku tersenyum dan menjawab soalan mereka seadanya.
Hari itu berlalu seperti kebiasaannya sehinggalah tiba waktu untuk pulang. “Slow and steady”, kata-kata itu menjengah benakku selari dengan perjalanan kehidupan hari itu dan keadaan trafik yang tidak terlalu sesak walaupun waktu itu berpusu-pusu orang mahu pulang dari tempat kerja.
Sesudah maghrib jariku lantas mendail nombor telefon Pak Long. Aku tidak berharap seratus peratus yang panggilanku akan berjawab kerana itulah kebiasaannya yang berlaku.
Beberapa pertanyaan dilontarkan beliau.
“Air minum semalam dah habis?”, Tanya Pak Long lantas membuka sesi perbualan.
“Dah settle dah Pak Long”, balas ku.
“Air tu kalau habis ko boleh tambah air biasa dalam bekas dia”.”Dulu masa mula-mula ko kena sakit tu masa bila?”, Tanya Pak Long lagi.
“Lama dah Pak Long. Tahun 2009 masa kerja kat KL.” Balas ku.
“Macammana sakit dia?”, Tanya Pak Long.
“Sakit gile Pak Long. Rasenye ni la sakit yang paling sakit, haha”, jawabku sambil ketawa kecil.
“Abis tu macammana ko buat? Macammana dia baik semula?”, Pak Long belum habis bertanyakan soalan.
“Masa tu saya balik kampung. Arwah Atok sedara ubatkan. Katanya ini macam ada gangguan sikit la”, jawabku lagi.
“Abis tu dia ubat pakai ape?”, soal Pak Long lagi.
“Dia guna benda macam halia tu. Kat kampung saya panggil bulai”, jelasku.
“Bulai tu dia buat macammana?”, Tanya Pak Long lagi.
“Dia suruh sapu kat tempat yang sakit”, jawab ku lanjut.
“Apa jadi lepas tu?”, Tanya Pak Long.
“Dua tiga hari jugak la baru ok Pak Long”, jawabku.
“Ow..ni kali keberapa ko sakit ni?”, Tanya Pak Long.
“Kedua kot Pak Long”, balas ku.
“Kalau tak silap aku ni dah kali ketiga dah ni..Sakit ni takde kena mengena dengan gangguan pun. Ko gi jumpa doktor? Apa doktor cakap?”, Tanya Pak Long inginkan kepastian.
“Ow…kali kedua tu tak ingat pulak bila sakit..Doktor cuma cakap infection pada tisu mulut. Dia bagi PCM ngan antibiotik je”, jawab ku.
“Lepas makan ubat ade kurang?”, Tanya beliau lagi.
“Haha…biasa je Pak Long. Macam tu jugak berdenyut sakitnya”, kataku lagi.
“Haha…dia pun tak tau apa yang sakit tu. Sakit ni mana ada ubat. Air liur sendiri tula penawarnya”. balas Pak Long mengakhiri perbualan kami malam itu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|