View: 3232|Reply: 2
|
Buat Sendiri Kaya Seindah Aroma Kelapa
[Copy link]
|
|
Oleh : Fyruz Hanna
Siapa yang menggemari kaya pastinya ada simpan keinginan untuk dapatkan buat sendiri kaya dan sebenarnya resipi membuat kaya ini takla sesukar mana.
Bahan-Bahan
350 ml santan
2 biji telur (kuning sahaja)
150 g gula pasir
Cara Membuat
1. Sediakan semua bahan
2. Campur semua bahan didalam mangkuk.
3. Kacau semua bahan hingga gula larut.
4. Tapis larutan untuk mendapatkan hasil yang lebih bersih dan jernih.
5. Gunakan teknik double boiling untuk masak larutan.
6. Tutup periuk yang sudah dilapis kain lap bersih.
7. Kacau selama 1 minit, lalu tutup periuk dan biarkan 15 minit dengan api sedang. Lakukan sebanyak 3 kali, untuk 45 minit.
8. Apabila larutan menjadi kental, boleh padam api dan pindahkan ke dalam bekas. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
oh sedapnya... makan kaya semakin kaya nyummmm... |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya..sapu kat roti.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|