CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4033|Reply: 9

Kajian: Terlalu Ramai Kawan, Merimaskan & Bikin Stress?

[Copy link]
Post time 21-10-2015 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Mempunyai rakan yang ramai pasti membuatkan kehidupan terasa ceria dan tidak sunyi. Namun, kajian terkini mendapati memiliki terlalu ramai rakan juga boleh membawa kesan negatif terutamanya kepada kesihatan.


Menurut Brian Gllespie PhD, dari Sonoma State University, Amerika Syarikat orang-orang yang berusaha untuk mempertahankan hubungan, seringkali menderita yang sering disebut sebagai 'role strain'.



(Sumber foto: pagedaily)



Ia merupakan kekecewaan yang dirasai oleh seseorang itu kerana memiliki 'kewajipan sosial' yang berganda. Misalnya waktu bersama rakan, tenaga yang diberikan untuk membantu rakan dan sebagainya, tidak dapat dipenuhi. Itulah faktor utama mengapa seseorang itu menjadi lebih 'negatif' jika miliki terlampau ramai rakan.


Ini bermaksud anda berasa stress apabila anda cuba untuk memuaskan hati ramai orang. Sebaliknya, mereka yang memiliki rakan yang sedikit, berasa lebih bahagia kerana dapat menghabiskan masa bersama.


"Ketika seseorang memiliki terlalu banyak hubungan, maka gejala depresi dan cemas mula berkembang. Hubungan yang sihat adalah dengan hanya memiliki lingkaran persahabatan yang lebih kecil," ujar Liz Morrison LCSW, seorang psikoterapi dari New York.



(Sumber foto: girlz)



Manakala menurut Emily Roberts, seorang psikoterapi, bila seseorang itu berusaha membahagiakan semua orang, maka dia akan menderita.


"Untuk jangka masa panjang, kesan stress ini membawa kepada masalah pencernaan dan serangan jantung," ujarnya. - CARI Infonet




(Sumber: Tribun Sumsel)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mujur tak ramai kawan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 11:57 AM | Show all posts
Introvert cukup suka kajian nie hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 01:43 PM | Show all posts
kawan i luv yu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 03:18 PM | Show all posts
for some reason, aku rasa macam betul kot. kawan ramai memang best, tapi kalau dalam 10 orang je ada 7 kaki sentap kaki emo buat apa. tak ajak keluar sentap, buat plan last minute dia tak dapat join pun sentap, tak ke serabut otak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 01:37 PM | Show all posts
DaisyD replied at 22-10-2015 03:18 PM
for some reason, aku rasa macam betul kot. kawan ramai memang best, tapi kalau dalam 10 orang je ada ...

kawan2 kaki sentap, kaki emo memang aku babai kan je lagi2 jenis yg terasa hati sikit left group whatsapp pastu minggu depan suruh admin add balik. bukan sekali buat hal. banyak kali pulak tu padahal bukan ada isu sgt nak sentap. sebab planning gathering tak ngam tarikh dia je pun. dahtu kalau dah tukar 10 kali semuanya kau bagi alasan tak available, mahal, jauh sapa pun malas nak serabut kepala.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2015 12:13 PM | Show all posts
kawan ramai2 tapi cuma rapat dengan yang sekepala
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 10:52 PM | Show all posts
Aku introvert n x ramai kawan..aku ni cerewet n pendiam..kalau ang mai cakap dgn aku pastu aku nampak ciri2 yg aku xsuka utk dibuat kawan, aku buat biasa2 jah...aku memg x boleh belah org bekawan ramai..hujung2 depa duk mengutuk belakang sesama sendiri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah orang taknak kawan, kita nak buat camne..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 12:38 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 2224 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 10033 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 7420 Replies : 2
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.627610 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list