CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6872|Reply: 27

NOVEL - TAKDIR HIDUPKU

[Copy link]
Post time 30-10-2015 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lurve82 at 30-10-2015 05:51 PM

salam..hakak ni main taip2 jah..sape nak baca... baca ler....blh bg komen jugak..

Bab 1

Hening dirasakan saat ini. Walaupun jalanraya di bawah sana masih hiruk pikuk dengan kereta yang bertali arus dan neon berwarna-warni disepanjang jalan. Langit sedikit cerah dengan kehadiran bulan yang mengambang penuh.

Dari tingkat 20, Adelia Heylisha menghirup kopi o yang masih panas sambil memandang ke arah KLCC melalui dinding kaca. Kondo mewah yang terletak di Jalan Binjai,Kuala Lumpur dirasakan sunyi walaupun malam masih muda. Masih awal bagi mereka yang mencari hiburan. Ah Kuala Lumpur, mana pernah tidur. Jam berdenting menandakan pukul 10.00 malam. Bibik Murni mungkin telah lena di ulit mimpi.

Senak memikirkan hal pejabat yang masih belum selesai. Adelia Heylisha lantas kembali ke meja kerjanya. Laporan akaun bagi separuh pertama tahun ini akan dibentangkan di dalam mesyuarat esok. Dia tidak mahu ada kesilapan dalam pembentangan kewangan itu nanti. Lalu menyambung tugas di rumah pula. Status sebagai Penolong Ketua Akauntan di Kejora Holding Sdn.Bhd. Telah dipegang walaupun usianya baru mencecah 28 tahun. Adelia Heylisha terus ralit dalam tugasnya. Serius.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 05:58 PM | Show all posts
nak panggil nama heroin ni Adel ke Hell?


kipidap! sket sangat nih. kena tambah byk sket ar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 06:24 PM | Show all posts
Laporan yang telah dibentang oleh ketuanya, Badrul telah diberi tepukan gemuruh oleh semua Ketua Bahagian kerana syarikat mencatat keuntungan yang memberangsangkan.

“Tahniah kepada semua,” Tan Sri Samad mengukir senyuman kepada semua Ketua Bahagian.

“Saya mengharapkan agar Tuan dan Puan dapat merealisasikan agenda yang telah kita persetujui dan berharap agar semua bahagian dapat memberikan kerjasama yang terbaik sehingga hujung tahun. Ada apa-apa soalan atau cadangan?” Tan Sri Samad melihat ke arah semua hadirin,.

“Jika tidak ada apa-apa, saya tamatkan mesyuarat kita di sini dan Badrul mohon prepare presentation akaun untuk mesyuarat dengan pemegang saham pula minggu hadapan.” Badrul menganggukkan kepala.

        Semua ahli mesyuarat lantas bergegas keluar apabila Tan Sri Samad mula meninggalkan tempat duduknya. Mungkin kerana jam telah menunjukkan pukul 12.30PM perut masing-masing minta di isi. Adelia Heylisha juga tidak berkecuali kerana telah berjanji dengan Sophea untuk makan tengahari bersama seperti biasa. Sementelah Sophea juga bekerja di syarikat yang sama iaitu di bahagian pemasaran. Cepat-cepat dia mengemaskan mejanya.

“Such a...i can say success presentation, Bad. As usual”. Suara garau itu menangkap di pendengaran Adelia Heylisha. Serta merta Adelia Heylisha merasa gemuruh.

“Kalau takde pembantu aku ni susah jugak aku Qal.” Badrul melirik ke arah Adelia Heylisha disebelahnya.
Jejaka kacak iaitu Datuk Haiqal Adry bin Tan Sri Samad. Di usia 35 tahun telah mendapat Datuk. Mungkin Datuk beli. Itu yang selalu dilabelkan oleh Sophea. Ah orang kaya dan berharta bukan sukar nak dapatkan apa yang diidamkan. Tetapi sedikit pelik kerana masih belum berumahtangga. Hish kenapa la aku sibuk sangat fikir pasal dia. Adelia Heylisha hanya tersenyum sendiri.

“Wah apa yang gembira sangat sampai senyum sorang-sorang ni?” Haiqal Adry masih memandang Adelia Heylisha dengan tajam. Hanya dia seorang sahaja yang faham isi hatinya.

Adelia Heylisha hanya menggeleng. “Tentulah saya gembira Datuk sebab mesyuarat hari ni berjalan lancar. Tak sia-sia saya overnight semalam.” Adelia Heylisha membalas sopan.

“Cantik,” desis hati Haiqal Adry. Sangat cantik.

“Ermmm..Encik Badrul dan Datuk saya minta diri dulu”. Terus Adelia Heylisha berlalu meninggalkan mereka  berdua. Tidak betah dengan renungan Haiqal Adry dan ingin cepat menemui Sophea.

“Jangan tengok lama-lama Qal. Dia macam tak minat lelaki la. Aku dah pernah bagitau kau dulu kan,” Badrul memandang wajah sahabat yang telah banyak menolong dari zaman sekolah hingga mereka di Birmingham University. Haiqal Adry hanya tersenyum sinis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 06:25 PM | Show all posts
kambeng_masam replied at 30-10-2015 05:58 PM
nak panggil nama heroin ni Adel ke Hell?

nanti dulu..slow2...bz la..xtau la ble nk abis novel ni...mungkin mkn bertahun kot...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 06:49 PM | Show all posts
Menarik. Teruskan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 07:04 PM | Show all posts

tq ipo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2015 07:51 PM | Show all posts
lurve82 replied at 30-10-2015 01:24 PM
Laporan yang telah dibentang oleh ketuanya, Badrul telah diberi tepukan gemuruh oleh semua Ketua Bah ...

wow...citer orang korporat nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2015 08:05 PM | Show all posts
“Apesal kau lambat. Dah la lambat jalan macam itik”. Sophea memuncungkan mulut.

“Eh bukan kau ke macam itik. Tengok mulut kau tu,” balas Adelia Heylisha sambil ketawa. “Sorry la tadi meeting habis lambat. Takkan la aku nak keluar menonong je. Kau ingat company ni aku punyer?” Adelia Heylisha memandang Sophea harap dia mengerti.

“OK tapi kau kena la belanja aku lunch ni. Lapar giler kot,” Sophea menyengih. Adelia Heylisha menjegilkan mata dan ketawa.

Bersama kawan karib, Sophea sejak dari UiTM membuatkan hari-hari Adelia Heylisha sangat ceria. Walaupun banyak kisah sedih menyelubungi tetapi Adelia Heylisha tak pernah mengalah. Begitu juga Sophea. Persahabatan menjangkau 10 tahun menyebabkan tiada rahsia antara mereka. Termasuk seorang lagi teman mereka Hilwana yang telah berumahtangga dan mempunyai anak kembar, Qaisara dan Qistina. Walaupun mereka berlainan kursus tetapi perkenalan hari pertama Minggu Suai Kenal telah merapatkan mereka hingga ke hari ini kerana mereka tinggal di bilik dan kolej yang sama.

“Besok hari Sabtu, kau tak pergi mana-mana ke?” tanya Sophea kerana melihatkan Adelia Heylisha telah menghabiskan makanannya.

Adelia Heylisha terdiam. Mengingatkan hari esok dia terasa sebak tiba-tiba. Besok adalah tarikh di mana mama dan papanya telah meninggalkan dia selama-lamanya. “Aku ingat besok aku nak pegi melawat kubur arwah papa dan mama la.” Ada nada sayu pada suara Adelia Heylisha.

“Aku teman kau besok eh. Be strong Adel,” tutur Sophea ikhlas.

“Yeah I will and always am. Eh cepat la makan. Lepas ni aku nak siapkan report sikit,” Adelia Heylisha sengaja mengubah topik.

“Tercekik aku ni kau cakap camtu. Yelah-yelah.” Adelia Heylisha hanya ketawa melihat Sophea makan dengan laju. Kemudian Adelia Heylisha terdiam kembali. Memikirkan sesuatu. Tentang tragedi yang menimpa arwah papa dan mama setahun yang lalu. Semuanya adalah salahnya. Jika dia tidak bertindak melulu. Mungkin wajah-wajah kesayangan itu dapat di tatap sekarang ini. Dan dia tidak hidup terasing sebegini.



ok yang ni last untuk hari ni...besok-besok hakak sambung lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2015 12:24 AM | Show all posts
Jam telah menginjak ke pukul 6 petang. Adelia Heylisha masih ralit dengan tugasnya. Tok...tok..tok...bunyi ketukan di pintu memaksa Adelia Heylisha menoleh daripada laptopnya.

“Yes bos. Anything?” soal Adelia Heylisha.

“Dah lewat petang ni. Awak tak perlu nak siapkan report tu sekarang. Tan Sri nak rabu depan. Better awak balik dulu Adel. Takde siapa kat pejabat ni lagi,” bicara Badrul. Lembut.

Adelia Heylisha hanya tersenyum. Sebab itu dia suka bekerja di bawah Encik Badrul. Sangat prihatin. Selamat la Encik Badrul telah berumahtangga. Adelia Heylisha hanya tersenyum.

“Saya akan balik dalam 5 minit lagi bos. Don’t worry,” balas Adelia Heylisha. Badrul hanya tersenyum dan berlalu.

        Adelia Heylisha cepat-cepat mengemas barang dan memasukkan laptop ke dalam beg sandangnya. Hish bila dah ralit buat kerja memang tak ingat malam ke siang. Selamat bosnya menegur Adelia Heylisha sebelum balik. Kalau tidak mungkin dia hanyut sampai ke malam. Adelia Heylisha tersenyum sendiri sambil menunggu pintu lif di buka.

“Awak memang suka senyum sorang-sorang eh?”

Suara itu. Suara itu memang sangat Adelia Heylisha kenali. Gugupnya datang tiba-tiba. Di tambah bau haruman Bvlgari memang membuatkan dada Adelia Heylisha tidak tentu rentaknya.

“Kenapa Datuk ada kat level ni? Ofis Datuk di level atas kan?” Ramah Adelia Heylisha menyapa Haiqal Adry disebelahnya.

“Company ni bukankah company daddy saya yang punya? Jadi tak salahkan kalau saya nak pergi ke mana pun. Betul kan?” Suka Haiqal Adry melihat perubahan muka itu yang nampak tidak berpuas hati. Cantik. Ah apa sahaja mengenai wanita ini memang cantik. Adelia Heylisha hanya tersenyum kelat.

“Saya cari Bad ingat nak ajak dinner sekali. Tapi bilik dia dah gelap. Mungkin dia dah balik.” Haiqal Adry menerangkan kehadirannya di tingkat itu kerana berasakan kata-katanya tadi agak keterlaluan. Adelia Heylisha menganggukkan kepala. “Mesti la dia dah balik sebab dia ada isteri. Bukan macam Datuk,” desis hati Adelia Heylisha sambil masuk ke dalam lif yang telah terbuka.

Adelia Heylisha resah di dalam lif. Mungkin kerana dia tidak biasa berdua-duaan dengan lelaki. Lebih-lebih lagi lelaki itu ialah Datuk Haiqal Adry.

“Cepat la lif ni turun,” desis hati Adelia Heylisha. Tidak betah dengan renungan tajam dari Haiqal Adry yang bersandar di bahagian belakang lif itu sambil memeluk tubuh. Adelia Heylisha dapat lihat dengan jelas di sebalik pantulan dinding lif di depannya. Ting!. Lif telah sampai di basement dan Adelia Heylisha lekas-lekas keluar dan pantas mendapatkan kereta Harriernya. Haiqal Adry hanya memandang sehingga kereta Adelia Heylisha meninggalkan ruang parking itu.

“Aku tak percaya kau tak sukakan lelaki Adel.” desis hati Haiqal Adry. Kemudian dia turut melangkah ke keretanya Audi Q7.

__________________________________________________________________

good night...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2015 09:39 AM | Show all posts
meet Adelia Heylisha...hero nanti dulu...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 09:46 AM | Show all posts
Cite koporat dgn nama-nama bombastik.....

Andai ada rezki muncul di pasaran, bersedialah utk dilahar warga cari

Jln paling selamat, jadikan cite ini koporat yg smart bukan tarap bbnu/mbnu

komen seposen iols ni dtg dr lubuk hati
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 11:55 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 1-11-2015 09:46 AM
Cite koporat dgn nama-nama bombastik.....

Andai ada rezki muncul di pasaran, bersedialah utk dila ...

Apa mksud lady ni....



asal bod ni mkim sendu ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2015 03:15 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 1-11-2015 09:46 AM
Cite koporat dgn nama-nama bombastik.....

Andai ada rezki muncul di pasaran, bersedialah utk dila ...

mmg pun...tp xde la kot jd novel...saje suker2...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2015 03:19 PM | Show all posts

maksudnye...skrg ni byk novel lebih kurg gini jah...lpas tu masuk tv..jd ntah hape2...sbb realitinye payah nk jmp gitu..kuat berangan etc...tp yg best Teman Lelaki Upahan je so far hakak tgk..

citer ni mmg syok sndr pun...

a'ah bod ni dh agak sendu...pesal eh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2015 03:26 PM | Show all posts
BAB 2

Dengan kesibukan kerja, sedar tak sedar hujung minggu tiba. Adelia Heylisha leka melihat sayur sawi yang di tanam secara hidroponik di tempat ampaian. Siapa kata duduk di kondo tak boleh bercucuk tanam. Senyuman puas terlakar di bibir Adelia Heylisha melihat tanaman sayurannya telah membesar. Dua atau tiga hari dah boleh petik. Itulah aktiviti Adelia Heylisha di kala sunyi. Selain menonton movie bersama Sophea yang selalu datang menyinggah dirumahnya. Nak ajak Hilwana, dia telah berumahtangga. Tinggal dia dan Sophea sahaja meneruskan aktiviti yang biasa di buat semasa di kolej dulu. Bibik Murni pula lebih suka rehat di dalam bilik jika tidak ada kerja lagi yang perlu dibereskan. Ah rumah kondo yang tidak sebesar rumah arwah Papa dan Mama lebih senang untuk di jaga.

Deringan telefon mengganggu tumpuan Adelia Heylisha yang leka dengan sayurannya. “Hello.” Adelia Heylisha terus menjawab tanpa memandang kepada skrin Iphone 6Snya.

“Hello Sweetie Cik Adelia Heylisha Tan Sri Kamal. Apa khabar? Lama abang tak dengar berita dari Lisha.” Adelia Heylisha terkedu. Aduh kenapa la dia tak tengok dulu sape yang call.

“Lisha busy sikit la bang.” Adelia Heylisha menjawab bersahaja. Pelik. Kenapa abangnya Aaron Hadif menelefonnya pagi-pagi sabtu. Biasanya abang akan pergi jogging atau bertapa di pejabat. Abangnya memang gila kerja.

“Abang call tak angkat. Message tak balas. Sibuk sangat ke Lisha sampai nak balik sini pun takde masa?” Aaron Hadif membalas geram. “

Abang tahukan Lisha takkan balik ke sana selagi perempuan tu dan anak dia ada.” Sungguh Adelia Heylisha rindukan abangnya. Juga rumah yang menitip banyak kenangan hidupnya.

“Apa yang Lisha cakap ni. Perempuan yang Lisha sebutkan tu Mama Lisha tau. Jangan cakap macam tu. Abang tak suka.” Adelia Heylisha tersenyum sinis.

“Correction abang. Mama tiri Lisha je ok. Dah la Lisha banyak kerja. Kalau nak jumpa Lisha kita jumpa kat luar je nanti.” Adelia Heylisha terus mematikan telefon. Tidak sampai beberapa saat telefon bimbitnya berbunyi kembali. Tanpa melihat nama pemanggil Adelia Heylisha terus menjawab. “Abang, Lisha takkan balik sana. Period.” Adelia Heylisha menjawab geram.

“Woi makcik. Ni aku la. Kau dah kenapa?” Kedengaran gelak tawa Sophea di hujung sana. Adelia Heylisha tersenyum nipis menyedari keterlanjurannya.

“Sorry beb. Aku ingat abang aku tadi. Kau call nak apa Phea?” tanya Adelia Heylisha sambil masuk ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Remote TV terus di capai dan channel 411 HBO di tekan.

“Cerita ni lagi. Berapa kali la nak ulang,” desis hati Adelia Heylisha melihatkan aksi Tom Cruise dan Emily Blunt dalam cerita The Edge of Tomorrow.

“Hari tu kau cakap nak pergi kubur. Bila kau nak pergi? Aku nak temankan kau.” Adelia Heylisha menarik nafas.

“Hmm...aku ingat nak pegi petang ni lepas Asar. Kau datang la rumah aku. Malam ni tidur kat rumah aku eh.”

“Ok darling. See u soon. Bye.” Jawab Sophea ceria sambil meletakkan telefon. Adelia Heylisha terus ke dapur membantu Bibik Murni menyediakan makan tengahari. Walaupun Adelia Heylisha adalah majikan tetapi dia lebih suka memasak sendiri sambil dibantu oleh Bibik Murni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 05:02 PM | Show all posts
Perlu ke nma pnuh ni? x thu laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2015 06:51 PM | Show all posts
Esmiria replied at 1-11-2015 05:02 PM
Perlu ke nma pnuh ni? x thu laa

Akan diperbaiki..thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 10:12 AM | Show all posts
rasa mcm nk rombak sket citer ni..tp baca je la dulu..nanti2 la tukar sket...

Keadaan kawasan perkuburan di Bukit Antarabangsa hening seperti biasa. Hanya ditemani kicauan burung dan bunyi unggas rimba. Adelia Heylisha yang berjubah dan berselendang hitam terus mengambil cermin mata hitam Kate Spade dan memakainya.

“Jom Phea.” Ajak Adelia Heylisha sambil memandang ke arah kubur Papa dan Mama. Sophea hanya memandang Adelia Heylisha dan menggenggam jari Adelia Heylisha. Erat.

“Assalamualaikum Papa...Mama...Maaf Lisha dah lama tak datang.” Adelia Heylisha mengetap gigi. Menahan sebak di dada. Sophea terus membentang tikar dan mereka membaca Surah Yasin bersama-sama. Mendayu-dayu dan hiba suara Adelia Heylisha. Sophea masih setia menemani di sisi.

“Kau perlu kuat Adel. Kau mesti kuat,” desis hati Sophea sambil memandang kawan karibnya itu. Muka putih Adelia Heylisha semakin merah menahan air mata dari terus mengalir. Adelia Heylisha, anak perempuan bongsu yang sangat-sangat rapat dengan Papanya Tan Sri Kamal Hashim dan Mamanya Puan Sri Aqilah Badri. Memang sukar untuk Adelia Heylisha terima takdir yang telah diberikan padanya.

Adelia Heylisha terus berteleku di sisi kubur. Sehingga Sophea mengajak pulang kerana telah lewat petang.

“Papa..Mama...nanti Lisha datang lagi. Tunggu Lisha kat sana.” Adelia Heylisha dan Sophea terus melangkah keluar dari kawasan perkuburan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 12:13 PM | Show all posts
Alahai sedihnya intro cerita ini TT... Sambung lg TT... Nak tau apa yg jadi kt Adel @ Lisha sebenarnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 02:13 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 4-11-2015 12:13 PM
Alahai sedihnya intro cerita ini TT... Sambung lg TT... Nak tau apa yg jadi kt Adel @ Lisha sebenarn ...

tgh bz sket skrg ni...nanti eh...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.389373 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list