|
Oleh Adib Za
Siapa sangka berkat menyusukan bayinya, wanita ini dapat mengetahui barah yang sedang menjalar dalam badannya.
Itulah yang terjadi pada Shakti Dalal yang sememangnya memberikan susu badan kepada bayinya, Laila.
Namun, pada suatu hari, bayinya berkelakuan pelik dan aneh apabila tidak mahu menyusu pada sebelah payudara ibunya itu.
Selepas itu, ia mengundang pertanyaan kepada Shakti dan akhirnya selepas memeriksa, dia mendapati adanya benjolan di bawah lengannya. Dia juga terus berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Hasilnya, doktor mendapati Shakti mengidap kanser payudara tahap 3! Ia sememangnya mengejutkan. Namun, lebih mengejutkan ia seolah-olah diketahui oleh bayinya itu! Sangat mengagumkan!
Menurut doktor yang merawat Shakti, sel kanser boleh menjadikan susu badan lebih pahit. Jadi kemungkinan bayinya enggan menyusu kerana rasa yang pahit.
"Laila ialah malaikat kecil saya. Dia yang menemui penyakit saya!" Ujarnya. Kini Shakti dilaporkan dalam keadaan yang sihat dan semakin pulih. - CARI Infonet
(Sumber: vemale)
(Sumber foto: Vemale) |
|