Selalunya beli sayur bayam mesti buat sup bayam sahaja, jaranglah buat makanan lain. Kali ini, boleh cuba pula cucur bayam. Bukan apa, makanan bergoreng boleh ditukarkan kepada khasiatnya! Anak-anak pun tak perasan ada sayur dalamnya. Ini resepinya : - 250 gram bayam segar
- 1 biji bawang merah, iris nipis
- garam secukup rasa
- 120 gram tepung gandum
- 100 cc air ais
- minyak untuk menggoreng
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar air perahan limau/lemon
- biji bijan
Cara : Potong bayam dengan panjang kira-kira 3 cm. (Boleh dikisar halus sayur bayam jika tidak mahu teksturnya kelihatan, untuk anak kecil yang tak makan sayur). Tambah hirisan bawang merah dan garam. Aduk rata, masukkan tepung. Tuang air sedikit demi sedikit lalu goreng matang. Balik adunan agar masak merata. Kalau adunan melekat di kuali, tambah lagi minyak secukupnya. Hidangkan dengan sos kicap manis yang dicampur dengan air perahan lemon dan biji bijan. Tadaaaa dah siap! Makan panas-panas, memang best! wanista
|