CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3090|Reply: 2

Permainan Ragbi Ulat Bulu Khusus Untuk OKU!

[Copy link]
Post time 16-11-2015 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Lazimnya sukan ragbi sering dianggap sebagai permainan ganas dengan aksi tolak-menolak, bentes-membentes, terjah-menerjah dan jika tidak bernasib baik akan ‘dihempap’ ramai pemain lawan berbadan sasa.




Namun satu pertandingan ragbi khas berjaya diadakan di sebuah gimnasium di pinggir ibu kota Jepun baru-baru ini, yang direka khusus untuk golongan pemain cacat anggota fizikal kekal atau orang kelainan upaya (OKU).






Dalam pertandingan tersebut, penonton bagaimanapun pasti tidak dapat membezakan siapakah antara kalangan pemain terdiri daripada golongan normal atau pun OKU kerana semuanya diikat berselubung dan baring di lantai.




Dipanggil sebagai ragbi ulat bulu, ia memastikan permainan sama adil – tidak kira sama ada pesertanya seorang yang kurang upaya atau sempurna tubuh anggota dengan melibatkan keseluruhan 30 pemain turun beraksi.






Menurut media tempatan, pakaian getah yang digunakan pemain pula memastikan para peserta terlibat tidak mengalami cedera dan sukan unik ini asalnya dicipta oleh Tomohiro Sawada dari Pertubuhan Sukan Yuru.




Bentuk pakaian tersebut seumpama tiub tersebut dihasilkan oleh Yumi Sada, seorang pereka wanita terkenal dalam arena fesyen OKU di negara ‘matahari terbit’ itu berasaskan kepada pergerakan lazim seekor ulat bulu.




Buat permulaan setiap pasukan diwakili oleh lima pemain dan mereka bertarung dalam kawasan berkeluasan separuh daripada saiz gelanggang bola keranjang dengan menggunakan ‘kudrat’ tangan sendiri untuk bergerak.




Setakat ini, peraturan permainan ragbi ulat bulu itu masih belum muktamad lagi, namun ia dijangka memberi peluang kepada OKU menikmati sukan tersebut dalam cara unik tersendiri.- CARI Infonet





sumber info : www.mynewshub.cc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 04:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:46 PM | Show all posts
waa rare nya... mcm pelik je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
ja.esc.ell.esantravel
Views : 1784 Replies : 2
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 808 Replies : 0
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 909 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36849 Replies : 74
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1920 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2222 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3131 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3133 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.077281 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list