CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8429|Reply: 93

[Tempatan] DBKL rugi RM40 juta, penghuni PPR ada ASTRO tapi tak bayar sewa bulanan

[Copy link]
Post time 19-11-2015 11:37 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) rugi hampir RM40 juta setahun berikutan separuh daripada penyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak membayar sewa bulanan mereka.

Datuk Bandar, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata sekalipun sewa bulanan yang dikenakan hanyalah RM124 sebulan, separuh daripada 50,000 penyewa unit PPR itu gagal membayar sewa berkenaan.

"Saya tidak faham kenapa ia menjadi masalah kepada mereka sedangkan nilai sewaan yang kami kenakan begitu murah.

"Sedangkan mereka boleh bayar bil Astro, bayar kereta dan motosikal tetapi sewa rumah RM124 sebulan tidak dibayar," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet DBKL 2016, di sini hari ini.

Mhd Amin berkata dalam tempoh dua tahun ini pihaknya telah merampas kembali lebih 200 unit rumah dengan mengunci bekalan air, selain lima penyewa dibawa ke mahkamah.

"Mereka yang dibawa ke mahkamah itu adalah disebabkan hutang yang terlampau sehingga ada yang lebih daripada RM10,000," katanya.

Beliau berkata DBKL bagaimanapun tetap memperuntukan sebanyak RM153.09 juta dalam Bajet DBKL 2016 yang melibatkan kerja membaiki dan menyelenggara rumah PPR dan Perumahan Awam (PA) demi keselesaan penghuni.

Menurutnya ia melibatkan kerja awam, elektrik, mekanikal, pembaikan lif dan kontrak pembersihan.

"Kos penyelenggaraan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun disebabkan kerosakan yang tidak dapat dielakkan serta kos alat dan peralatan ganti yang semakin tinggi, katanya.

Selain itu, DBKL juga telah memperuntukan sebanyak RM48.15 juta untuk pelaksanaan 28 projek tahun hadapan yang meliputi kerja penggantian dan naik taraf sistem bekalan air dalaman, naik taraf tangki FRP kepada tangki baharu jenis Pressteel, naik taraf sistem bumbung blok bangunan di PA dan PPR.
Mhd Amin berkata pihaknya juga dalam perancangan untuk membeli 350 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah daripada pemaju swasta untuk menampung pertambahan jumlah warga kota.

"Kami tahu dengan anggaran kepadatan penduduk seramai 7,120 orang per kilometer persegi, Kuala Lumpur memerlukan bilangan rumah yang mencukupi untuk menampung pertambahan penduduknya.
"Tetapi bantulah kami, bayarlah sewa agar kami boleh gunakan duit itu untuk membina lebih banyak rumah kos rendah," katanya.

DBKL memperuntukan sebanyak RM2.72 bilion dalam bajetnya bagi menyediakan perkhidmatan perbandaran dan tadbir urus demi kesejahteraan kira-kira 1.7 juta warga kota.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 11:41 PM | Show all posts
halau je tok manusia2 yg tak tau diuntung tu

perasan tak geng2 pprt mesti sorg henpon lebih dari satu

yg lelaki mesti pakai bracelet besi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
c===8 replied at 19-11-2015 11:41 PM
halau je tok manusia2 yg tak tau diuntung tu

perasan tak geng2 pprt mesti sorg henpon lebih dari  ...

Beg sandang jangan lupa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari 25000 yg xbayar sewa, dalam masa 2 tahun, 200 kes diselesaikan..

200 ÷ 24 (2 tahun) = 8.3 rumah/kes sebulan
1 minggu = 2 rumah bekalan air kene potong.

Laju ye jabatan kerajaan buat kerja. Laju sungguh. 5 masuk mahkamah plak tu. Thumbs up, improvement.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau btul2 xmampu byr, jgnlah pula dbkl halau. kasihan pula saya.

harap dbkl teruskan operasi "clean up"ni. hapuskan parasit kl ini.

poyonya aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dorang sah mampu bayar halau jaa laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2015 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg dpt..bg yindon sewa 600-700.. Licik kan? Hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 02:18 AM | Show all posts
bukan tak nak bayar.. diaorang cuma tertekan oleh kos sara hidup yg tinggi..

lagi pon diaorang pon nak merasa jadi org KL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 04:16 AM | Show all posts
"Tetapi bantulah kami, bayarlah sewa agar kami boleh gunakan duit itu untuk membina lebih banyak rumah kos rendah," katanya.
bagus punya cakap...merayu....


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus...kne tegas...sewa umh ni mcm komitmen la...byr monthly..mne blh x byr....x logik btl...igt klu gomen..dorg nk dgr rayu awk...xdenye..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 07:09 AM | Show all posts
kalu dah tertunggak sampai 10k tu maknanya dbkl terlalu lembut atau x buat keja....buat la syarat x bayar 3 bulan berturut-turut sila la keluar bagi orang lain pulak...kalu tak mampu duk KL,sila balik kg tanam jagung

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 07:12 AM | Show all posts
kuala lumpur senyumanmu

di pagi ini
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 07:41 AM | Show all posts
ado hikmah disebalik apo yang berlaku.....maybe deme amik Njoi je....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:16 AM | Show all posts
Mentaliti melayu sakai

kalo sewa ngan private lebih takut

b'banding dgn gomen..dgn private tak

kira la umah ke kedai tak byr u get out kasi

pulang kunci !!

kalo gomen saje buat2 lemau sbb sakai2 ni taw gomen

tak tegas berlembut sgt..then guna saluran

politik je bila desperated dah bleh lepas

wat rayuan bagai Last edited by tagas on 20-11-2015 08:18 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:23 AM | Show all posts
xpdckelate replied at 20-11-2015 07:09 AM
kalu dah tertunggak sampai 10k tu maknanya dbkl terlalu lembut atau x buat keja....buat la syarat x  ...

ala....DBKL ni kalau setakat tak bayo sewa 1-2 tahun masih tarak pa2 lagi...tu yang terlajak sampai 10 tahun....tindakan deme....hampit takder tindakan...tu yg ramai penyewa naik lemak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Some people buleh hidup tenang je tak ikut peraturAn..tak bayar sewa rumah, tak bayar ptptn..agaknya dah biasa mkn duit haram, sebab tu selamber je idup tak rase ape dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 08:29 AM | Show all posts
Halau jer keluar!!! Paling mudah - tutup meter air, api.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:42 AM | Show all posts
biar x bayar sewa jgn xde astro

biar x mkn jgn xde 2 3 bijik hp
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:43 AM | Show all posts
plg senang sewakan kat indon bangla sume tu

ujung bulan makan untong

same la cm sewakan lot niaga kat org asing

sng betul buat duit
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 20-11-2015 07:09 AM
kalu dah tertunggak sampai 10k tu maknanya dbkl terlalu lembut atau x buat keja....buat la syarat x  ...

Sok kalau senang2 3 bln tak bayar terus halau mula la memasing mengadu dkt paper, viralkan dkt internet, dbkl kejam katanya.

Pastu berbodong2 la ummah melayu mengutuk dbkl tak sensitif, tak faham penderitaan rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.185368 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list