|
Oleh Fyruz Hanna
Ada sesetengah lelaki mungkin sering menghindarkan diri untuk mengambil gambar. Tak elok katanya! Tak fotogenik atau pun malu.
Sebenarnya ada ramai lelaki yang mengalami masalah berhadapan dengan kamera kerana hasil yang selalu nampak 'weird' atau nampak membosankan.
Walaupun mengambil gambar itu banyaknya adalah wanita namun tak harus kamu hindarinya lagi sebab kami sediakan 4 cara senyuman yang buat anda menarik, tertarik, kebabom dalam kamera:
1. Kenal senyuman terbaik anda
- Dalam tandas, ambil masa untuk cuba pelbagai senyuman, senyum senget, senyum nampak gigi penuh, senyum tak nampak gigi, senyum tutup mata, atau senyum berkerut.
2. Jika guna flash mode, jangan pandang flash
Berapa kerap muka anda yang terhasil nak kata senyum pun tidak, nangis pun tidak. Ini kerana pancaran cahaya yang kuat buat mata dan senyuman anda tak seiring. Best way! jangan pandang flash!
3. Jangan pandang straight pada kamera
Acah-acah macho orang kata. Gaya tak pandang kamera untuk lelaki ini sangat memukau ditambah dengan senyuman walaupun hanya senyuman biasa.
4. Tutup dan buka mata
untuk dapatkan gambar yang sempurna, anda harusla kira dan sebelum 1 saat butang 'snap' ditekan anda hanya perlu buka mata. Ia akan memberi gabungan mata yang cergas dalam kamera. Jangan lupa senyum. -CARI Infonet. |
|