CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2179|Reply: 0

Bro, Nak Badan Sihat, Segera Lakukan 5 Ujian Berikut!

[Copy link]
Post time 30-11-2015 12:30 PM | Show all posts |Read mode

sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/
Kalau dibandingkan dengan kaum hawa, kaum adam boleh dikatakan kurang berminat pergi ke klinik atau pusat perubatan untuk mengetahui tahap kesihatan secara keseluruhan. Jangan cemburu apabila ada statistik menunjukkan wanita sepuluh tahun hidup lebih lama kerana peka dengan tahap kesihatan. Jika anda baru saja terfikir untuk memelihara kesihatan, lima senarai ujian kesihatan ini mungkin boleh membantu.





sumber foto : http://destiniey.blogspot.my/

1. Kemurungan
Masalah kegemukan atau masalah stres boleh menyebabkan anda gagal menguruskan kehidupan anda. Masalah kemurungan agak sukar untuk dikesan dari segi luaran melainkan anda perlu bertemu doktor kerana perubahan ketara dari segi tenaga, emosi, keletihan melampau dan hilang pertimbangan apabila berdepan dengan masalah kecil. Meskipun masalah kemurungan merupakan penyakit mental, jangan ambil mudah penyakit ini sebaliknya masih ada rawatan untuk sakit murung.





2. Barah kolorektum
Walaupun jumlah pengidap barah kolorektum jarang diketengahkan tetapi ia jumlah yang semakin meningkat saban tahun. Jika anda lelaki yang berusia lebih daripada 50 tahun, sudah tiba masanya untuk anda bertemu dengan doktor untuk mengesan penyakit barah ini. Sekiranya anda mempunyai keturunan atau sejarah keluarga yang menghidap kanser atau ketumbuhan di dalam kolon, jangan segan mengaku depan doktor anda.






sumber foto: http://klikdokter.com/

3. Tekanan darah
Berapa tinggi tekanan darah anda hari ini? Bacaan seperti 140/90 atau lebih sudah dikira tinggi. Stres di tempat kerja atau keadaan sekeliling boleh menyebabkan tekanan darah anda meningkat tanpa disedari. Apabila anda menghidap tekanan darah tinggi, anda telah terdedah dengan serangan jantung, mata rabun, strok, kerosakan otak, kegagalan fungsi jantung dan kerosakan salur darah.








sumber foto : http://obatkolestrol.com/

4. Kolesterol
Kolesterol baik dianggap HDL yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung. Gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan sihat dan senaman setiap hari boleh membantu anda mengepam HDL dan menurunkan LDL. Bagaimana untuk mengetahui tahap kolesterol anda? Sila lakukan ujian kolesterol sekarang.







5. Lakukan BMI dan ukuran pinggang
Tekanan darah tinggi merupakan satu petunjuk di mana anda perlu melakukan ujian kencing manis. Mengekalkan berat badan yang sihat merupakan penyelamat utama hidup anda. Jika anda berjaya mengekalkan berat badan, anda mampu mengelakkan serangan sakit jantung, kanser dan strok. Anda pasti tertanya-tanya bagaimana mahu mengekalkan berat badan, bukan? Lakukan pengiraan BMI (body mass index) dan ukuran pinggang. Menerusi BMI, anda boleh tahu sama ada anda kurang berat, normal, terlebih berat atau obesiti.





Elak terlalu yakin mengatakan anda sihat kerana kemunculan awal penyakit tidak boleh dilihat dengan mudah sehinggalah anda mula rasa perubahan diri yang semakin hari semakin teruk. Maka, sudah bersedia bertemu doktor untuk melakukan pemeriksaan hari ini?







sumber info: http://maskulin.karangkraf.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.115975 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list