CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1521|Reply: 0

Nasi Minyak Pandan

[Copy link]
Post time 1-12-2015 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Nasi Minyak Pandan



Resepi Nasi Minyak Pandan

3 cawan beras basmathi
6 helai daun pandan
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu minyak sapi
1/2 inci halia ( dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 – 4 biji bawang merah (dihiris)
1 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bawang goreng
daun ketumbar
1/2 kiub ayam
1 sudu makan garam
sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan

1. Beras basmathi dicuci bersih kemudian masukkan dalam rice cooker. Masukkan  secawan air kedalam beras tadi dan rendam seketika.
2. Daun pandan dikisar bersama secawan air, tapis dan ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi kemudian tumis bahan hiris, kiub ayam,  kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
4. Masukkan air pandan tadi bersama dengan 2 cawan air kedalam tumisan.
5. Kemudian curahkan air tumisan tadi ke dalam rice cooker yang mengandungi beras basmathi tadi.
6. Masukkan garam dan susu cair ke dalam beras tadi.
7. Tekan ON pada rice cooker, dan masaklah nasi seperti biasa.
8. Bila nasi kering titikkan pewarna hijau keatas nasi. Kemudian tutup periuk nasi hingga masak.
9. Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.544078 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list