CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3295|Reply: 2

6 Cara Paling Malas Untuk Kekal Kurus dan Sihat

[Copy link]
Post time 1-12-2015 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Lumrah manusia mahukan badan yang cantik dan sihat. Tetapi tak semua orang bertuah mendapat badan yang cantik dan ideal sejak lahir. Pelbagai faktor penyebab yang menjadikan badan seseorang gempal antaranya faktor keturunan, pemakanan dan sebagainya.


Kebanyakan manusia memang mempunyai impian yang besar untuk memiliki badan yang cantik tapi perasaan malas lebih besar dari segala-galanya. Usah risau, kerana penulis tetap ada tips untuk golongan yang malas ni.


Tak perlu berhabis duit dan masa untuk ke gym atau bersenam setiap masa, cukup amalkan tips ini dulu untuk lihat keberkesanannya :






1. Senaman Ringkas
Senaman paling ringkas adalah banyakkan berjalan terutamanya menggunakan tangga dan elakkan menggunakan lif.






2. Tidur Yang Cukup
Seharian bekerja dan bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang bijak dan perlu dihindari. Tidur tidak menentu boleh mendatangkan mudarat. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.






3. Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan semua risiko berkaitan dengan masalah kesihatan. Kegemukan kebiasaannya berpunca dari pengambilan gula dan kolestrol berlebihan.






5. Jangan Berlapar
Jangan sesekali berlapar hanya kerana ingin kurus, ini satu lawak seram yang tidak harus diulangi. Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.






6. Kurangkan Tekanan Keterlaluan (Stress)
Stress atau tekanan perasaan sememangnya tidak boleh dielakkan dan pasti dialami setiap manusia. Namun kita harus mengurangkannya dengan mencari aktiviti yang boleh menceriakan hidup. Jangan sesekali melayan stress kerana ia berisiko memudaratkan kesihatan anda. Cari jalan penyelesaian, dekatkan diri dengan aktiviti keagamaan dan minta pertolongan dari Tuhan.




Semoga 6 tips mudah ini dapat anda praktikkan kerana mungkin ada diantara tips diatas yang kita tidak amalkan. Pokok pangkalnya, kawal nafsu anda. Semoga bermanfaat. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 08:24 PM | Show all posts
makan nasi segenggam aja..lebihkan sayuran dan buah buahan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Payah tui nk konsisten berjln kaki setiap pagi sekitar kaw perumahan...huhuuu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.522230 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list